Ahad, 23 Mei 2010

Sedarkah kita di mana kita sekarang ??

Mendengar cerita tentang seorang remaja melayu berumur 16 tahun dan merupakan seorang pelajar tingkatan 4,hati aku tiba2 terdetik ingin berkongsi bersama...bermula di sekolah apabila ditanya oleh seorang guru adakah pelajar ini solat,dengan jujur pelajar ini mengaku bahawa dia tidak solat di rumah..ditanya kenapa ia tidak solat sedangkan di sekolah dia solat,pelajar ini menjawab ini adalah kerana seluruh ahli keluargnya,ibu bapa dan adik beradiknya tidak pernah solat,dan apabila ia solat di rumah maka ia akan diejek oleh ahli keluarganya seperti "sudah buang tebiat ke?".."sudah insaf ke?".."dah nak mati ke?"...memang betul org kata organisasi terbaik adalah bermula dari rumah..kalau kita dididik dengan baik di rumah maka baiklah kita..aku tertanya2 adakah kiamat hampir dekat??bygkan apa akan jadi 10 tahun lagi?..2010 kita dpt lihat sudah ramai yang tidak pandai bersolat,boleh tak kita bayangkan 10-20 tahun akan datang bagaimana??aku berdoa dan berharap agar Allah sentiasa melindungi aku dan keluargaku dan berharap masa depanku jika sudah berkahwin dan beranak pinak maka rahmatilah aku dan tunjukkan jalan yang lurus mudah2an aku dan keluarga ku masih tahu apa itu islam...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan