Isnin, 27 September 2010

Sambutan Aidilfitri terakhir kami di UTM



Salam aidilfiti diucapkan kepada rakan2 semua...mudah2an anda semua sentiasa dirahmati Allah kehendaknya.....walaupun dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama rakan2 namun terdetik sedikit kesayuan dihati kerana ini mungkin Aidilfitri kami yang terakhir setelah hampir 4 tahun bergelar mahasiswa UTM....selepas ini semua org akan menamatkan pengajian dan masing2 akan meninggalkan UTM untuk mengejar cita2....sungguh sebak rasanya...rasa masa terlalu cepat berlalu,rasanya baru sgt aku melangkah ke UTM semasa bergelar pelajar tahun 1 dan skg....final years....




Apa yg menarik tentang sambutan tahun ini adalah semua menu masakan di masak sendiri oleh member2 aku especially saudara Appy ngn man Boncet.....aku btol2 salute ngn korg,walaupon laki tapi rendang kambing ngn sup tu mmg sedap...jeles pon ade,bertuah bini korg nnt..hehehe,dan majlis ini juga turut disertai oleh beberapa pelajar kos lain iaitu fauwas, naim dan romate dia...majlis Aidilfitri ini tlh bertukar nama dari 4SBW Aidilfitri kepada 7th floor Aidilfitri..apapun majlis ringkas ini agak meriah dengan member2 yg sempoi kepala otak giler wat lawak..hahaha




Tahun depan mungkin kita x dapat beraya bersama2 lagi..masing2 dok jauh,kalau satu negeri tu senang la skit...aku masih lagi di sini tahun depan bersama buda batch bawah@kwn2 baru yg aku x berapa nk ngam kecuali 2-3 org besfren aku...ni la masalah kalau dh join junior..hope lepas ni aku leh masuk ngn depa semua..rasa terlalu janggal....tp kdg2 rasa bes dpt lepak ngn depa semua...eh apa aku mengarut ni...jam dh kol2 pg..sok studio ade presentation ngn sambutan raya bersama lecturer.....kepala dh ngantuk giler...mata dh rabak..aku minta izin dulu,hope esok aku masih bernafas lagi..hehehe

~ Salam Aidilfitri SBW~

Rabu, 22 September 2010

Hepi besday my berfrenz...(",)

1st of all al nk ucapkan selamat hari jadi kepada my besfrenz ija yg menyambut ulang tahun ke 22.....semoga panjg umur n murah sezeki sentiasa hendaknya...ewah!!dlm x sedar al dh lama berkwn ngn ija...walaupon ija dh ber"bf" namun itu tidak menghalang kita utk terus berkwn..al akui berkwn buat al rasa gembira..al blh ketawa,al blh bercerita n al tak rasa duka...berbanding masa al bercinta dulu...al penah ada seorg kwn...dia sgt memahami al.....namun kerana seorg "bf" yg baru dia kenal,al dilupakan....walaupon al sedikit kecewa,namun sebernanya itu adlh rahmat sbb al rasa btol2 free selepas tidak berhubung dgnnya lagi....n al selalu berdoa agar dia sudah tidak wujud dlm hidup al lagi...al perlukan kwn..tp al tak boleh berkwn dengan seorg pengkhianat yg paling al percayai dulu.....apapun tu semua sejarah dan harap ia tidak berulang lagi...:-)







Pada hari ini mesti ija tertanya2 kenapa al tak wish kat ija...actually al tak penah lupa..malah al blh jadi org pertama yg mengucapkannya....tp biarla "bf" ija yg jadi org pertama kerana ia lebih manis utk hubungan ija :-) , al sebenarnya telah merancang utk menyambut besday ija tanpa ija sedari...abis je kelas petang td al ajak ija keluar bermain bowling tp ija plak ada hal dgn tesis ija...pening al dibuatnya..tak tau apa lagi plan...so al pon plan la ngn dak2 bola tampar..malangnya ptg tu hujan so dpt la nk kenakan ija..hahaha...selamat,kalau tak dh lama kena mandi tepung......so oleh kerana kesemua plan tidak menjadi...maka al dh tak de lagi suprise utk ija...just blh bawa ija jalan2 jer....(",)

Malam tu al rasa tu la kali pertama kita tgk wyg sama2 walau dh hmpir setahun kwn..hahaha,honestly al tak suka tgk cerita tu tapi dek kerana nak jaga hati ija..al iya'kan je...tp yg pelik,cerita tu best plak....suspen walau ada sedikit kelakar yg bodoh...tp seram & seriau ttp ada...than dpt lepak mkn sama2...rasanya sem ni kita jarang sgt spend time sama2..ija sibuk,al pon sibuk...tmbah plak al jarang turun padang join korg sbb kaki al tak berapa ok lagi...apapun al harap persahabatan kita akan berkekalan smpai kita dh ada cucu..hahaha...nnt kita jodohkan cucu kita ea...kah3

so lastly al nk ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah sezeki dan cepat2 kawin bila dah grad nnt...hahaha,al akan ada kat umah awk utk tlg uruskan perkahwinan awk nnt dan bila al kwin awk pon kena datang umah al....so hope ur hepi always...tlg la jgn stress sgt sbb dulu masa sy kat bawah awk yg bgunkan sy dan skg turn sy utk bangunkan awk...dlm bersahabat,ini la peranan yg patut kita semaikan,,,jgn la jadi kwn yg pergi bila kesusahan n datang bila kesenangan......

~hepi besday to ija~

Rabu, 15 September 2010

yea...dpt kad raya dari heliza....(",)


hahaha....xsangka btol dpt kad raya dari eliza..dh la aku minat dia...ingatkan ari tu aku bg alamat saje2 je...xsangka dia btol2 hargai fan dia...tgh2 syok2 tido adik aku baling sampul kad kat aku..igtkan sape la anta kad jemputan kwin td...apapun tq eliza sdd bg kad raya ni..al least aku ade something dari dia even benda ni hanyalah kad sahaja tp ia penuh bermakna...dh dekat 10 tahun aku xde kad raya tp dgn adanya kad ni buatkan aku rasa seperti kembali muda...hahaha

~with love - Heliza Helmi~

Sabtu, 11 September 2010

Aidilfitri Itu Indah Sebenarnya~~

Aidilfiti tahun ini disambut sama seperti tahun2 lalu dgn benda dan aktiviti yg sama...tidak byk berbeza.....dari mata kasar mungkin ia kebiasaan pada pandangan umum..tp tidak padaku...perasaan yg wujud dalam diri ini amat berbeza sekali dengan ketenangan jiwa yang hampir maksimum berjaya aku capai hasil dari prinsip yg masih aku amalkan skg...walaupon dibebani dengan pelajaran dan assigment yg semakin bersepah namun aku dpt laluinya dgn senyuman kerana ini bkn masalah utama yg biasa aku lalui pada tahun2 kebiasaannya...tekakan hidup sudah semakin mengurang dan mungkin ketika rodaku berputas ia sedang berhenti di atas utk seketika dan diharap utk jangka masa yg lebih lama..padaku inilah ketenangan yg telah lama hilang dan kini sudah ku temui...terima kasih Allah kerana mendengar malah mengabulkan doaku..mudah2an aku sentiasa mendapat petunjuk darimu.....

hubunganku dengan kakak tidak elok setelah bertengkar hampir 3 bulan dahulu..kerana aku duduk jauh dari rumah maka ssh utk aku kembali bertegur dengannya...namun pada pagi raya yg mulia ini terdetik hatiku berani menadah tangan memohon ampun disusuli dengan genangan air di kelopak mata kakakku....mybe ini adalah hikmah dan nikmat yg lahir dari hati yang ikhlas...tq Allah kerana memudahkan segala urusanku.....sesungguhnya aku ini insan yg terlalu hina di masa lampau dan diharap agar Engkau memberi limpah kurnia pada ku pada masa hadapa...InsyaAllah...amin

Alhamdulillah atas anugerah kesihatan dariMu kerana menyempurnakan puasaku tanpa sebarang masalah walaupun keadaan fizikalku tidak berapa sempurna pada masa ini....aku amat berasa makna yg teramat tinggi nikmatnya merayakan Aidilfitri kali ini kerana umpama meraikan kejayaan aku di medan perang..namun ramadhan sudah pergi dan ramadhan yg akan datang pasti aku akan cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya......insyaAllah....sukran ya Allah ala kullu'nikmatuhi...(",)

~~Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri~~

Jumaat, 3 September 2010

Perasaan yang sudah lama tidak aku rasai

Semalam aku merasai satu perasaan yang sudah lama aku x rasai iaitu terharu dengan kasih syg kawan2...seingat aku kali terakhir aku naik bas balik cuti raya adlh pada tahun pertama aku di UTM,masa tu aku ingt lagi kawan2 aku menemani aku di stesen bas smbil berborak sementara menunggu ketibaan bas sambil bersalaman dan saling mengucapkan selamat hari raya setelah ketibaan bas utk memulakan perjalanan ke kg halaman.....tq kat dea dan syuk sebab sudi jadi kwn aku n belanja aku m'd semasa berbuka semalam....korg adlh kwn2 yg baik sekali kerana kehadiran korg byk menghilangkan beban masalah yg aku tanggung selama ni.....sungguh aku teharu kerana korg ade time ssh n senangku......

di atas bas perasaan yang sama tiba2 timbul seperti yg aku lalui 3 tahun dahulu yg mana didalam perjalanan aku hanya mengingati ttg keadaan ayahku yg masuk wad secara mengejut dan meninggal dunia pada hari hari khamis 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.....tp yg berbeza adalah keadaan kesakitan yang aku lalui skg...hampir 12jam menahan kesakitan kaki aku yg tidak dpt byk bergerak ditambah pula dengan kesejukan air-cond yg benar2 melampau...kakiku menjerit kesakitan yg hanya dikongsi bersama hatiku yg menenangkannya.....bersahur pula di Paka Terengganu pada pukul 330am bersendirian aku berjalan kesakitan ke restoran,pelik dlm bulan puasa inilah kali pertama nasi didalam pingganku gagal aku habiskan yg laizimnya aku tidak penah cukup walau 3 pinggan berjaya aku selesaikan......sungguh pelik dan mungkin ade sesuatu yg tak kena di dalam hati yg sedang aku fikirkan.......

8am aku tiba di rumah setelah my bro dtg ambik kat stesen bas...selepas bersalam dan cium tgn ngn ibu,perkara pertama yang ibuku lakukan adlh mencapai minyak panas utk mengurut kakiku lantas aku berkata..."ibu,sakit ini ubatnya tidak boleh dengan mengurut.InsyaAllah 21/9 ni semua akan ok" lantas ibuku terdiam dalam kesedihan....itulah perjalanan hidup aku yg dikatakan agak misteri pada sahabat2 ku tp tidak pada aku kerana dalam hati ini hnya aku dan tuhan saja yg memahaminya......insyaAllah everything going to be ok...

~kini aku tidak sendiri~

Khamis, 2 September 2010

Ramadhan yg paling bermakna dalam hidupku......


Ramadhan...kali ini kau begitu istimewa kepada aku....di sepanjang bulan ini aku sentiasa tersenyum menjalani ibadah puasa dengan tenang...tidak seperti tahun2 lalu aku sentiasa dibelenggu masalah peribadi hinggakan ia mengganggu puasa dan aktiviti harianku..kini aku tenang meneruskan pengajian yg dulunya hampir lenyap dalam kamus hidup aku..hidup yang aku jangkakan sudah tiada dulu kini semakin berseri dengan kehadiran kawan2 baru yang sentiasa menceriakan aku...mereka sungguh baik hati dan ikhlas berkawan dengan aku...walaupun aku pernah menangis ramadhan ini kerana kakiku yg kesakitan..namun kehadiran mereka sikit sebanyak menghilangkan kesedihanku...tidak lupa juga kepada keluargaku,terutama ibu dan adik perempuan bangsuku yg amat aku sayangi...tidak pernah kenal lelah menjaga khabarku dari jauh dan menanam semangat dalam jiwa yg hampir hapus dulu.....mungkin tuhan sedang menguji aku atas dosa2ku dahulu...

Setakat ini alhamdulillah puasa ku masih sempurna memasuki hari yang ke 23 dan mudah2an dengan limpah kurnia dari Allah aku akan lengkapkan puasaku pada ramadhan ini dengan sempurnanya...hari ini hari terakhir aku berpuasa di UTM kerana malam ini aku akan pulang ke kg dan sebelum itu aku akan berbuka puasa bersama kwn2 ku utk kali terakhirnya ramadhan ini..tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah menadah tgn untuk ibu tercinta memohon segala dosa silam dan berbuka besama keluarga..pusara ayahanda akan aku lewati...InsyaAllah aku akan selamat sampai dan menyambut hari raya Aidilfitri pada tahun ini bersama2....amin

~hari terakhir berbuka di UTM~