Rabu, 29 Jun 2011

Gelombang KUNING semakin bergelora.....

Dalam sekelip mata satu fenomena KUNING mewakili simbolik BERSIH begitu bergelora sekali di dalam Malaysia Khasnya dan di negara luar seperti Australia yang diwakili oleh golongan pelajar di sana. Setelah menyaksikan beberapa faktor secara peribadi sy dapati banyak impak positif di sebalik perhimpuan ini dan impak itu sudah pon kelihatan sebelum perhimpunan itu berlangsung di mana beberapa keputusan menyaksikan bahawa ada pihak tertentu semakin takut pada warna kuning ini...sekilas pandang perhimpunan ini nmpk mcm perhimpunan haram pada mata sesetengah pihak tapi pada sy perhimpunan ini lebaih kepada menuntut hak rakyat yang mahukan keadilan yang telus dan bukan huru hara.

Secara jujurnya aku tidak mewakili mana2 parti dalam malaysia ini melainkan pemimpin yang mengamalkan islam pada dasarnya.Dan untuk perhimpuan BERSIH ini juga secara peribadi aku tidak bersetuju kerana ia menampakkan ciri2 Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak aman, akan tetapi aku rasa perhimpunan ini adalah wajib bagi menuntut hak rakyat seperti yang tertakhluk dalam memerandum..jika tuntutan ini di terima oleh kerajaan secara automatik aku rasa perhimpuan ini adalah tidak perlu.

Antara 8 tuntutan yang di senaraikan adalah seperti :-

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Tempoh minima kempen undi 21 hri
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Aku melihat kesemua tuntutan di atas maka tiada satupon yang yang mengancam keselamatan negara melainkan ia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat dari pelbagai sudut...InsyaAllah....

9 julai bakal menyaksikan satu fenomena berlaku dan kita akan lihat berapa ramai lagi tokoh2 di Malaysia yang bakal ditahan kerana penglibatan dengan perhimpunan ini dan yang pasti terdapat mesej jelas yang di suarakan oleh rakyat Malaysia yang menuntut sesuatu yang mampu menguatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen....sama2 kita doakan tiada malapetaka yang berlaku ada hari itu...INSYAALLAH


~DIGI-SPONGE BOB-JERSI HOME MALAYSIA- daN benda2 berwarna KUNING telah di BANNED oleh kerajaan~