Jumaat, 11 November 2011

:: Bukan senang mau senang woO!! ::

Susahnya dalam hati..........bukan senang mau senang woO!!...ni la nasib bila jadi penganggur terhormat...keje pon xde...nk tgu keje lama lambat lagi baru mula...dah dekat sebulan dok kat umah..hari2 bgun mkn tido....apa lah nasib....org yang blaja tinggi2 pon blom tentu ade keje elok..apatah lagi aku yg serba tiada ni.. :-)

Sbnrnya aku xde la kisah sgt tidak bekerja..cuma yang aku runsing skg sbb ade saki baki hutang kwn2 yang perlu dijelaskan dalam masa terdekat..ye lah..hutang wajib dibayar walau tidak dituntut...apatah lagi yang dok tuntut hari2..pening gak pk..mana nak korek bagi setel semua...aku fhm kwn2 aku pon perlukan duit seperti aku..tp tu la...selagi xde keje and income camne la nk setel semua..aku dah tekad aku xkan kawin selagi aku xsetel semua hutang2 aku tu...tido x lena dgn sumpahan dari mereka2 semua.....

Teringat gak time kaya2 dlu...senang ke aku ade kwn ramai...org xkisah sbb aku ade duit..tp skg ssah skit sbb org dh x pandang org yg miskin..hehehe..tp xpe lumrah dunia...kalau x kaya xde la kwn nk dekat..kena maki lagi ade la....camner ea nk buat..dh byk interview keje tp xde pon yg dpt..ssh gak alam kerjaya ni...pening2..lau kaya kan senang...ambik jer duit mak aku setel semua hutang..ops!! lau kaya xkan la nk berhutang...hehehe

Apa yang aku boleh lakukan skg adelah cuba cari keje secepat mungkin...setelkan semua hutang..tu je matlamat aku....setel satu persatu ikut permintaan then aku boleh tido lena dan xde lagi sumpah maki dari mereka2 itu...lau nk ikutkan dh lama aku x berhutang sbb dh tekad...ni pon kira hutang2 zaman lama la....one more thing aku xpenah lari dari hutang..lau nk lari sng jer..off hp then syp..tp tu bukan cara aku....biar org benci aku asalkan aku tidak lari dari masalah...

~ botak kepala pon blom tentu ok ~

Khamis, 10 November 2011

:: ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT ::



Alhamdulillah semua dh selesai walau majlis berjalan dalam keadaan kelam kabut kerana byk persiapan dilakukan pada detik2 akhir......walaupun begitu aku tetap hepi kerana majlis lebih meriah dari yang aku jangkakan.....sepatutnya majlis ini dilakukan simple sahaja namun xsangka sgt ramai org samada dari belah perempuan mahupun lelaki..sungguh x disangka2...syukur sgt dan terima kasih kepada family dan kwn2 yang byk bg support...terharu pon ada..:-)

So kat sini teringin juga aku berkongsi sedikit memori bersama kwn2 utk ditatapi......gambr kat atas merupakan brg2 hantaran yang aku bawa utk mempelai perempuan..hehehe


Barang2 hantaran ni semua aku gubah sendiri...xde org yg pandai so terpaksalah aku gunakan kreativiti aku yang ntah pape ntah utk siapkan semua gubahan yg sgt2 simple ini....

ni pula barang2 yang akan menjadi milik aku...yang paling syok adelah objek yang berwarna oren tu..mercurial vapor latest edition+m.u kit new season..gempak abes..hahaha

ni pulak calon bakal isteri aku..tu pon kalau ade jodoh la..bernama rohana bt yusuff...persis nama aku roslan said...:-)

mak dia dan mak aku..mak dia ceria mak aku plak cuak abis..xbiasa ngn majlis2 mcm ni so nervous abis la..hahaha

bersama amirul dan isterinya hani....mirul lagi muda dari aku tp dh kwin..tu yg aku jeles tu ..so kena la cpt2 kwin..hehehe

taget aku 11 org anak laki....moga2 dipermudahkan :-)

~7112011 sempena hari lahir dan hari pertunanganku menjadi kenyataan~






Sabtu, 5 November 2011

:: Penat Tahap Maximum ::

hari ni terlalu penat..dari pagi buka je mata terus bergegas ke sana sini...baru ku tahu apa kesan kalau buat keje last minit......semua nk last minit dan yg jadi mangsa adlh aku...di kerah kesana sini....baju..pelamin...barang hantaran...bawa bakal mak mertua shoping...xleh ke kalau wat ringkas2 je majlis tu.??.....xpasal2 time hari majlis nnt semua demam...

Barang2 utk kenduri belum settle lagi..komfem la esok lusa aku xde tenaga lagi.....esok dh raya tp mcm xterasa.....xseronok plak rasanya..tertekan lagi ada...rasa mcm nk kenselkan semua..tp apakan daya bila semua org dh beria2....

Xsanggup menghadapi esok dan lusa....terasa seperti tercabut jantung dan nyawa....

~hepi besday alan...selamat bertunang~

Khamis, 3 November 2011

TERIMA KASIH KERANA BERSAMAKU

Tiada apa yg dapat diungkapkan sebagai menggambarkan kesyukuran kerana dikurniakan seorg insan seperti kamu...tidak mahu memuja sekadar memuji di saat kejatuhan kedamparan sehina kaki di tanah dalam mencari erti kehidupan yang semakin kelam kamu ada bersamaku..telah ku pinta untuk mengundur diri kerana merasakan diri ini terlalu kecil utk kamu tetapi kamu sedia mengangkat martabatkatku dari tanah hingga ke langit.....

Hajat di hati ingin membatalkan semua perancangan kerana masa depan kelam tidak terduga..terasa malu ingin bersua kerana takut dimamah cerca...ingin ku lari dari dunia kerana malu pada keluarga..tarikh perjanjian semakin terasa namun masa depanku hilang kemana......

Inginku cerita takut dimurka..oleh keluargamu yang menanti masa..namun aku kena kuat utk berterus terang padamu kerana aku sudah tiada apa.....aku bersyukur kerana kamu mendengar tidak hanya malah kamu terima keadaan ku seadanya....aku akui aku malu kerana kamu yang menanggung segalanya..demi menjaga masjid kita yang hampir roboh dibaham masa....

Aku akui aku belum bersedia kerana masa depan ku juga belum terjaga...menjadi suami bukan biasa tetapi tggjwb besar rasanya...aku kagum dan teruja kerana kamu mengerti apa itu air mata...tidak berterusan mengalir kau ada utk menghilangkan segala duka.....

Ibu ku juga tahu aku menderita, mahu menarik diri kerana dia tau aku sudah tiada apa2 utk kamu dan aku hidup bersama..tetapi kamu lebih dari apa yang aku jangkakan...kamu tidak lari malah bangun bersama..merangkak mencari cinta yang halal utk bersama..air mata ku kini mengalir dua..satu derita satu bahagia..derita kerana aku tidak bekerja bahagia kerana kamu bersama...

07/11/11 pasti terlaksana..kerana kesungguhanmu utk bersama..membuat aku rasa teruja serta kagum dengan kuasaNYA..Allah itu sentiasa ada..membantu hambanya yang mahukan masjid..walaupun tapak tidak sekuat mana tetapi masjid didirikan jua.....

Terima kasih sygku hana..kerana ada waktu duka...tidak hanya ketika gembira..kerana itulah aku gembira...punyai insan seperti anda..menjadi teman hidup bersama..ke anak cucu doa hendaknya........

Tulisan terungkap bersama air mata...yang tidak difahami siapa kecuali yang Esa....senyuman terukir bukan kerana gembira...tapi kerana mahukan mereka2 yang mengharapkan senyum bersama....

:: Terima KAsih HAna ::