Jumaat, 28 Mei 2010

Nape dia saje nak cari pasal ngn aku??

sowi ayat kuang ajo...

asal ar dia ni??suka sgt cari pasal ngn aku...mcm s**l la....rasa mcm nak terajang org je...apa,ko ingt duit ko boleh beli semua ker??mcm bodoh jer la...sedar la sikit dulu ko tu camner??ni siap2 nak ugut2 aku asal??dah "gedebe" sgt ke apa??org ckp elok2 mula la nak pijak kepala....time aku ssh ni saje nk tmbh ssh aku...ko bknnya taw aku camner skg..susah aku ada ko faham ke??penah ke ko dok tempat aku hah??asal ar ngan ko??saje nak balas dendam ke apa??ko ingt la..perangai ko ni aku akan ingat smpai mati dan jgn ingt aku nak bagi muka kat ko..nasib baik la tuhan tunjukkan sape diri ko sebenarnya..lau x,aku pon tak taw apa akan jadi kat aku...aku minta2 la semuanya berakhir dgn cepat...selagi x selasai ngn ko mmg aku rasa terhina sgt....duit ko xleh beli aku la dey!!!!dh lama aku xstress mcm ni...apapun tq la ngn perangai ko tu....at least ko tnjukkan juga sape diri ko........xpenah aku jumpa manusia seteruk ni,xtaw la camner aku leh jumpa ko,menyesal pon ade....lau 10 org manusia cam ko...habis semua manusia merana..apapun...tq

Rabu, 26 Mei 2010

Bila Izrail Datang Memanggil..

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan yang kedinginan

Tak ada lagi diguna harta
kawan karib sanak saudara
Jikalu ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insahlah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepankang zaman..

Ampunkan dosaku ya Allah rabbulalamin.....

Ahad, 23 Mei 2010

Sedarkah kita di mana kita sekarang ??

Mendengar cerita tentang seorang remaja melayu berumur 16 tahun dan merupakan seorang pelajar tingkatan 4,hati aku tiba2 terdetik ingin berkongsi bersama...bermula di sekolah apabila ditanya oleh seorang guru adakah pelajar ini solat,dengan jujur pelajar ini mengaku bahawa dia tidak solat di rumah..ditanya kenapa ia tidak solat sedangkan di sekolah dia solat,pelajar ini menjawab ini adalah kerana seluruh ahli keluargnya,ibu bapa dan adik beradiknya tidak pernah solat,dan apabila ia solat di rumah maka ia akan diejek oleh ahli keluarganya seperti "sudah buang tebiat ke?".."sudah insaf ke?".."dah nak mati ke?"...memang betul org kata organisasi terbaik adalah bermula dari rumah..kalau kita dididik dengan baik di rumah maka baiklah kita..aku tertanya2 adakah kiamat hampir dekat??bygkan apa akan jadi 10 tahun lagi?..2010 kita dpt lihat sudah ramai yang tidak pandai bersolat,boleh tak kita bayangkan 10-20 tahun akan datang bagaimana??aku berdoa dan berharap agar Allah sentiasa melindungi aku dan keluargaku dan berharap masa depanku jika sudah berkahwin dan beranak pinak maka rahmatilah aku dan tunjukkan jalan yang lurus mudah2an aku dan keluarga ku masih tahu apa itu islam...amin

Sabtu, 22 Mei 2010

Aku nak kawin.....


Tiba-tiba jer aku rasa nak kawin...huhuhu,mendengar kuliah pagi td,mmg byk manfaatnya jika kita mempercepatkan perkahwinan,namun apa yg paling penting adalah dapat menghindarkan diri dari maksiat...mengingati kembali zaman bercinta dahulu,aku tidak sedar yang hubungan itu banyak menjurus kepada maksiat..bercakap,bermanja,berpegang tangan....masyaAllah,aku lalai.....aku harap tuhan makbulkan doa aku agar janji dan tekad aku tertunai iaitu tidak akan bercinta sebelum berkahwin....harap Allah mengampunkan dosa silamku dan keluargaku..sesungguhnya aku insan yang lemah...amin

Jumaat, 21 Mei 2010

Kuliah subuh pagi tadi : Silaturrahim


Kuliah subuh tadi menceritakan tentang istilah silaturrahim,semua orang sedar menjaga silaturrahim itu dituntut dalam islam malah hukumnya adalah wajib,Di dalam islam sendiri ada menyatakan bahawa tidak bertegur sapa melebihi 3 hari maka tidak dapat baginya mencium bau syurga,masyaAllah,nerakalah jawapannya,aku mula sedar dalam kehidupan ni aku banyak berbuat salah kepada kawan2 dan mereka yang aku kenali,dalam tak sedar aku sudah buat ramai orang terluka,aku harap aku tidak ada musuh dan mereka semua memaafkan aku,sesungguhnya aku tidak pernah berdendam pada sejarah,perkataan SILATURRAHIM itu sendiri membawa banyak maksud dan istilah,sama2 la kita menghayatainya dan menjaga hubungan sesama manusia dan Allah....amin





Khamis, 20 Mei 2010

Berita tergempar : Rumah aku dimasuki pencuri..

Aku xtaw samada nak marah atau nak tergelak,sejak aku hidup inilah kali pertama rumah aku dimasuki pencuri..yang aku pelik nape aku boleh tak sedar padahal aku tak tido pon semalam..hebat sungguh pencuri itu...nasib baik laptop aku tak hilang,beliau sempat ambik beg laptop aku ngan wallet abg aku jer....rugi woo...abis wit abg aku bernilai seratus lebih,beg laptop aku lagi..dah la ader dokumen dalam tu,geran motor aku...waaaa!!!!redha je la,lau aku dapat pencuri tu memang aku bagi ceramah agama kat dia...minta2 la dia insaf...huhuhuhuhu....

subuh itu indah....


Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Kisah seorang pemuda dan sahabat sejati....

Berdasarkan kisah benar seorang pemuda yang bernama amir.......amir merupakan seorang remaja berusia 21 tahun,merupakan seorang pekerja kilang di sebuah bandaraya besar iaitu Shah Alam.Amir bekerja sebagai seorang operator pengeluar produk makanan jenama Nestle dan produknya adalah Meggi.Setelah kecewa tidak dapat melanjutkan pelajaran tiga tahun yang lalu,amir hilang semangat untuk meneruskan niatnya untuk menyambung belajar di IPTA.Memang itulah impian amir dan ahli keluarganya terutama sekali ayahnya yang ingin sgt melihat amir berjaya bagi membantu keluarga yang agak daif dari segi kewangan.Akibat daripada kedaifan inilah yang meyebabkan amir terpaksa menolak tawaran untuk menyambung belajar di Politek Miri dalam jurusan Petrokimia.
Bekerja sebagai seorang operator pengeluar memang memenatkan.Keluar 7pg balik 7mlm manakala shif malam pula dari pukul 7mlm ke 7pg.Satu tempoh masa yang memenatkan bila terpaksa mengadap mesin selama 12jam ditambah bunyi bising yang memekakkan.Aktiviti selepas keje pula adalah tidur akibat kepenatan setelah seharian bekerja.Dan itulah rutin seharian Amir selama beberapa bulan.Awal bulan merupakan hari yang paling gembira bagi seorang manusia yang bergelar pekerja.Bila gaji masuk semua orang ketawa,gembira dan puas hati apabila dapat menikmati hasil titik peluh sendiri.
Hari minggu yang paling menggembirakan adalah pada minggu pertama,sedikit gaji disalurkan untuk keluarga,sedikit untuk simpanan dan selebihnya untuk berjalan2 di badaraya dan pada minggu itu amir dan rakan2 mengambil keputusan untuk berjalan2 di bandar Klang kerana lokasinya agak berdekatan dengan Shah Alam.Motifnya hanyalah untuk menonton wayang sambil berjalan2 melepasakan segala penat lelah bekerja.Semasa di bandar Klang amir terpandang sebuah kedai perkhidmatan cyber cafe,terdetik di hatinya untuk singgah kerana agak sudah lama amir tidak melayari internet bagi pelbagai tujuan seperti e-mail dan juga chatting (YM).Kelihatan seronok dan leka melayari internet sehingga sudah lupa tujuan asalnya adalah untuk menonton wayang.Dalam keasyikan berbual di internet,amir telah berkenalan dengan seorang gadis yangmana gadis tersebut merupakan seorang pelajar IPTA di UM.Amir kelihatan sungguh tekun dan kusyuk melayan kawan siber barunya kerana amir memang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan seorang pelajar universiti.Setelah agak lama berbual amir merasa agak penat dan ingin menghentikan perbualan itu namun terasa sayang,ingin minta nombor telefon takut tidak dilayan.Dengan azam dan tekad amir cuba juga minta no. telefon dan alhamdulillah gadis itu memberi respon positif.Maka di sini lah jalan cerita amir bermula.....(insyaAllah bersambung di halaman One Story)

Isnin, 17 Mei 2010

aku betul2 salute kat budak cina tu....

korang taw xnaper tiba2 aku puji budak cina??terdetik di hati aku untuk berkongsi cerita ini bersama korang yg sudi nak ambik taw..hu3..tadi semasa aku otw balik umah setelah solat subuh di masjid besar KB,aku singgah la di sebuah warong utk beli nasi dan kuih muih skit utk di bawa pulang...di seberang jalan depan warong tu ader sebuah sekolah cina SMJK Chong Hwa...aku sgt kagum tgk pelajar2 cina ni..jam kat tgn aku baru kol 630pg tp diorg dh mula ke sekolah..agak2 korang la ader tak dak2 kita mcm tu zaman sekolah dulu??kalau aku la..selagi loceng pg belum berbunyi selagi tu aku takkan masuk kelas..hahaha...so apa yang ingin aku kongsikan kat sini,sama2 la kita renungkan kenapa ramai budak2 cina yg genius dan bijak pandai..dak2 melayu pon ade gak..huhuhuhu...so disiplinkanlah diri kita....belajar utk Allah kerana ilmu itu semuanya nikmat yang datang dari Allah....sekian..salam

Tiba tiba hatiku terkenang.....

Tanpa aku sedari jangtungku berdegup laju,aku teringatkan kisah silamku......terlalu byk yg aku lalui,pahit manis aku rindu hingga aku diasyikkan sejuta mimpi.....kini fikiran ku melayang lagi,mengenangkan kembali sejarah silam,aku sedar aku byk membuat keputusan yg silap,dari semua aspek,masa depan,pelajaran,kerjaya,ekonomi dan percintaan serta persahabatan....cinta,bagiku suatu pengalaman yang mematangkan perasaan aku,aku bercinta,dicinta dan mencinta.....aku sygkan mereka yg pernah bergelar gf aku,namun aku tidak sedar yang aku tidak menghargai apa yg aku ada....aku rindukan mereka yang pernah aku sakiti dulu,kini baru aku sedar betapa sedihnya bila kita dikhianati......kini aku tidak percayakan cinta lagi,bukan kerana aku anti kepada perkataan cinta,tapi aku takut aku atau dia akan menangis lagi..aku rindukan sahabat baik@gf@sister@mom and everthing for me...dari status aku menjadi pekerja kilang sehingga student STPM hingga ke UTM dia tidak pernah putus memberi segala2nya kepada aku,dia lebih dari seorang manusia biasa pada aku,aku sygkan dia,aku hormati dia..namun aku byk lukakan dia di saat aku bahagia,aku khianati perhubungan itu hanya kerana aku leka dgn sesuatu yg tidak pasti..kini aku sedar,bila diri ini dikhianati baru aku tahu betapa sedihnya dilukai...aku doakan agar kehidupan dia lebih baik dari aku dan sentiasa bahagia di samping suami tercinta...dia penah sedarkan aku supaya jgn jual harga diri kira kerana sebuah cinta yg tak pasti,kini aku berpegang pada kata2nya...tidak lupa juga kepada seorg lagi sahabat baikku..aku sgt sygkan kamu,kamu sentiasa ada di saat aku menangis dan ketawa,namun persahabatan itu tidak kukuh kerana kamu tidak kuat pada prinsip,kamu rebah pada bayangan sejarah,kamu takut utk membuat keputusan kerana hidup kamu sentiasa dipengaruhi oleh org sekeliling,dulu aku sygkan kamu,kini aku lebih kesiankan kamu kerana aku tidak sanggup melihat kamu dilukai oleh mereka2 yg tidak pernah menghargai kamu....aku kecewa kerana gagal dlm kedua2 persahabatan ini,aku tidak pernah sedih kehilangan kekasih kerana kekasih blh ditukar ganti,tp tidak pada persahabatan,maafkan aku kerana tidak menjaga persahabatan kita dahulu..sesungguhnya kamu amatlah suci bagiku wahai gadis nun jauh di seberang..berjuanglah..berjuanglah sesungguhnya anak2 bangsa amat menagih walau sedikit ilmu darimu utk dijadikan bekalan kehidupan duniawi wa ukhrawi..berjuanglah,selamat hari guru diucapkan....dan kepada seorg lagi sahabat yg telah mengkhianati aku,aku doakan agar kamu berjaya dunia akhirat,aku tahu kamu baik tp jgn biarkan sejarah membunuh kamu...........
Kini hatiku berdegup lagi....

Jumaat, 14 Mei 2010

Aku dan mati...mati??!!!!sudahkah anda bersedia utk mati??



mati...takutnya,dikafan,diusung,dikebumikan,ditanam ditinggal sorg2 didalam kubur tidak berteman....kemudian dtg pula malaikat menyoal hukum kubur...ma'rabbuka?,ma'imamuka?,ma'kiblatuka?......apa aku nak jwb nnt,mulut ku sudah tentu membisu..tanpa amalan aku akan disiksa dgn azabnya.....persoalan,sudahkah aku bersedia utk mati??sudah cukupkah amalan kau di dunia ini??aku takut,betul2 takut bila fikirkan mati...aku jahil didunia,terlalu byk dosa....aku leka,aku lalai mengejar dunia yg tak pasti..aku lupa apa itu akhirat,kiamat..syurga dan neraka....tidak ramai yg fikirkan hari mati,kita lupa,lupa yg dunia ni sementara...ramai yg fikirkan mati bila tua....tp manusia lupa...mati xkenal usia,masa dan jantina..aku sebak..semalam 2 org budak kg aku mati excident,umur baru 15 tahun...baru siang td aku tgk mereka sihat,bila malam mereka sudah tiada...bila esoknya mereka sudah ditinggalkan di liang lahad....terlalu cepat tuhan mengambil nyawa mereka..kuasa tuhan..kun'fayakun......Ya Allah,ampunkan dosa silamku,dosa kedua ibu bapaku...keluargaku....amin..

Rabu, 5 Mei 2010

aku dan duit.....duit??


Duit...aku xtahu kena sekeping kertas yang mempunyai not nilai begitu berharga skg??btol org ckp money is everything..tp adakah everything is money??aku xnampak aper yg positif ttg duit..yg aku nampak duit byk bg masalah kat manusia yg xtaw nak appreciate duit ni...aku tgk ader yg sanggup membunuh,bergaduh,perang,putus saudara kerana duit..besar sgt ke nilai duit tu jika dibandingkan dengan nilai manusia??kwn sanggup tggal kawan kerana duit,manusia lalai hanyut kerana duit..di mana positifnya duit ni??berapa kerat manusia kat dunia ni yg gunakan duit utk tujuan ke jalan Allah??duit betul2 wat aku trouma,dari kecik mmg aku takut pada duit...xder duit masalah,ader duit pon masalah...secara jujurnya aku xperlukan duit..tp dunia yang memaksa aku perlukan duit utk teruskan hidup..duit boleh bawa mati ker??aku bersyukur walaupun aku tak kaya..janji keluarga aku bahagia,janji aku tak lupa asal aku..biar aku tak ader harta..aku syukur aku ada agama...aku benci duit...benci pada orang yang utamakan duit dari segala2nya..money is not everything...money is a mind killer....teach people far away from god,i hope that Alllah always bless me...i miss my late father,not long for his property,but i long for his relegion lectures..i miss u dad...hope Allah bless u too..i dont wanna be a blind...blind coz of world....coz the world is just temporary....:-(

Isnin, 3 Mei 2010

aku dan EPL :-)


Liga Perdana Inggeris

"Bahang EPL semakin memuncak,tinggal satu perlawanan lagi sebelum penentuan juara dapat dipastikan..yang pasti semua mata tertumpu kepada dua kelab gergasi england iaitu MUFC ngn Chelsea FC...perebutan tahta semakin mendebarkan apabila kedua2 team memenangi perlawanan masing2 sebentar td...mcm yang aku cakap,bola ni bulat,mcm2 boleh jadi..tak sabar rasanya aku tunggu perlawanan akhir minggu depan,mampukah MU mempertahankan kejuaraan utk kali ke3 berturut2?mampukah Chelsea merampas kejuaraan liga..apapon kita nantikan debaran minggu depan apabila MU dijadualkan bertemu Stoke City di Old Trafford dan Chelsea melayan kunjungan Wigan di Stamford Bridge....peminat masing2 tentu mahukan team kesayangan mereka menjadi juara...apakah Wigan akan memberikan laluan mudah kepada Chelsea seperti Liverpool dan adakah Stoke City akan mengekang MU untuk bersaing dalam perebutan tahta ini..sama2 kita sakisikan kemeriahan dan debaran bola sepak ini..inilah bola sepak,sukan penuh emosi" :-)

Sabtu, 1 Mei 2010

Aku,gula dan mama...



"Gula.....
kenapa susah sangat nak jumpa kau skg?kemana kau menghilang?kau pun tahu yang aku tak boleh kalau kau tak ader...kesian kat mak aku,xder org nak teman dia kat dapur..apa yang dia buat semua tak kena,gelisah..resah semua ada dalam diri dia..kemana engkau pergi?kau lari ke sempadan ker?kenapa?adakah kehidupan di sana lebih selesa berbanding di Malaysia?kerana kau mak aku terpaksa ke Melaka mencari waris kau..walaupun tidak sehebat kau,mak aku terpaksa berkawan dengan gula melaka itu.sekurang-kurangnya terhibur la sikit hati mak aku daripada biarkan dia kesunyian tanpa kamu..kembali lah,kami di sini sedia menanti kepulanganmu.....aku tak sanggup lagi dibebel oleh mak aku...aku merayu..pulanglah..pulanglah"... :-P