Rabu, 30 Mac 2011

Aku cuba menulis nasyid

Terjaga dari tidur...aku teringat pesan sahabatku seorang ustazah meminta aku mencipta satu lirik nasyid bertemakan akidah dalam pembentukan sahsiah....ia bertujuan untuk pertandingan nasyid di sekolahnya...masa yang diberi terlalu singkat iaitu petang semalam dan mahu aku siapkan pagi ini.....aku tak tau aku boleh wat ke tak tapi aku sudah berjanji maka kena siapkan gak.....dan skg hampir kol 430 am maka lirik itu sudah siap sepenuhnya....mcm tak bagus je lirik ni tapi pada aku ok la at least aku telah cuba dari tak buat apa langsung........hehehehe



Akidah dalam pembentukan sahsiah


Intro

Perlu ada dalam jiwa manusia

Satu sifat cinta kepadaNya

Memelihara apa yang telah dikurnia

Menjaga akidah dalam diri kita.


Al Quran dan sunnah jadikanlah pegangan

Mencari Allah dalam susah dan senang

Eratkan ukhwah dalam kehidupan

Tingkatkan sahsiah terciptanya perpaduan


verse

Jagalah akidah seperti permata

Digilap dijaga terpancar sinarannya

Akidah yang rosak tiadalah berguna

Mantapkan amalan iman terus bercahaya


Dalam Al Quran telah menyatakan

Tentang akidah serta kehidupan

Amal dan takwa jangan dilupakan

Akhirat kelak adanya pembalasan


Ending

Kembalilah kita pada islam tercinta

Janganlah lalai pada dunia sementara

Patuh pada perintah dan larangannya

InsyaAllah kita khalifah berjaya......


kalau la dia proceed lirik ni,bermakna aku ni berbakat juga dalam menggubah lagu....tp apa yg paling penting adalah pengisiannya,harap yang mendengar mengambilnya sebagai iktibar..insyaAllah (",)


~ aku sudah mula menulis~

Isnin, 7 Mac 2011

AKU dan SBW

Aku tidak pernah suka utk menulis tentang masa depan apatah lagi sejarah silam...tapi itulah lumrah kehidupan...sejarah, kini dan masa depan tidak pernah lari dalam perjalanan.....aku melihat kehidupan..sebenarnya sgt luas..namun manusia menjadikan ia sempit tanpa mereka sedar...begitu juga dengan aku...aku terlalu sempit dalam menterjemah kehidupan.....

Apa yang boleh aku simpulkan...aku sentiasa memilih jalan mati untuk hidup aku....dan kini aku tersadai di UTM tanpa aku tahu apa tujuan aku di sini...mengejar segulung ijazah utk masa depan...selama 4 tahun dan menjadi 5 tahun dan mungkin akan bertambah kepada 6 tahun...hanya utk segulung ijazah yang belum tentu menyuluh masa depan dengan cahaya yang semakin malap...





Secara jujurnya aku sangat senang dengan udara UTM tapi aku tidak pernah suka dengan udara SBW....SBW bukan jiwa aku...selama 4 tahun aku perbodohkan diri dengan SBW....aku terperangkap antara kerjaya dan masa depan yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya..aku cuba untuk menjadi sebahagian dari SBW...tapi aku semakin jauh dari landasan....aku semakin hilang identiti sebagai seorang pelajar yang disegani malah aku mula sedar yang aku SUDAH tergolong dalam kategori pelajar bodoh@lembab nk mampus di sini.....

Sudah lama aku terfikir untuk berhenti tapi aku tidak tahu kemana arah tuju aku selepas ini...untuk mencari pekerjaan bukan sesuatu yang mudah sekarang..apa harus aku lakukan??kemas barang then balik KG tolong mak kat rumah??pergi KL cari kerja kosong di kilang2??apakah status aku skg?pelajar??aku sudah keliru...sgt2 keliru...aku berjalan sendiri...di UTM aku sgt berliku...tempat aku bukan di sini lagi...kini aku sudah boleh berkira2 utk angkat kaki meniggalkan UTM tercinta.....

Aku terima tekanan dari pelbagai penjuru,family aku dan family bakal tunang aku...bakal ke?jadi ke??aku tak tau samaada aku sanggup utk bertunang bulan 6 nanti...aku tak nak bagi harapan kat GF aku..bukan aku tak SAYANG dia tapi aku tak nak dia mengharapkan sesuatu yang hebat dari aku yang serba kekurangan ini..andai ditakdirkan PERTUNANGAN ini terbatal,aku redha kerana bagi aku bukan perkahwinan matlamat utama aku......kini aku hanya nk buat sesuatu yang aku rasa selesa tanpa faktor orang sekeliling...aku hanya mahu senyuman dalam kehidupan.....bukan berada dalam mesin tekanan..........

~AKU SUDAH BERSEDIA UTK TINGGALKAN UTM~