Ahad, 2 Disember 2012

Sepetang Di Dataran Al Quran


Sekitar Masjid Muhammadi





Petang ketika kebosanan aku dah tak tau nak watpe....jadi membawa diri ke dataran Al quran di depan masjid muhammadi.....tiada yang menarik hanyalah melihat org lalu lalang di sekitar kawasan tersebut...

Setelah lama berada di situ aku dapat mengesan satu perkara iaitu kawasan tersebut dijadikan tempat berkumpul bagi pengunjung dari sekitar malaysia...kira mcm dataran pahlawan kat melaka la...tempat berkumpul sebelum menjelajah kawasan sekitar....

Cuma yg berbeza dengan dataran pahlawan,kawasan tersebut di kelilingi dengan tempat2 menarik seperti pusat membeli belah,taman serta menara taming sari....pengunjung yang tiba pasti akan ke kawasan tersebut dahulu....

Di sini pula aku perhatikan destinasi pertama pengunjung adalah masjid muhammadi...seperti org yg di dlm gambar ini,aku tgk plat no dari kedah,setelah parking kereta terus mereka ke masjid muhammadi bagi menunaikan solat asar aku rasa sbb tyme ni sekitar pukol 5 ptg.....inilah yg menarik bagi aku iaitu masjid muhammadi adalah landmark bari pengunjung yg dtg ke Kota Bharu...tahniah

~thus is Kota Bharu~

Khamis, 22 November 2012

M.U versus ??

Bercakap ttg bola sepak,satu je yg aku perhatikan sifat org2 sekeliling (friends).Aku x pasti samada mereka itu minat bola atau pon minat tgk m.u kalah.....bermula dengan kebangkitan Chelsea selepas tranformasi roman Abramovich...ramai yg mula meminati team chelsea walaupun cetek sejarah ttg pasukan tersebut....ramai yg mula meminati pasukan The blues itu dgn mencanang diri sebagai peminat setia zaman berzaman....dan xramai antara mereka yg kenal siapa gianfranco zola yg menjadi lagenda chelsea...nama mourinho naik disusuli dengan beberapa pengurus sehingga hari ini Rafael Benitez.....look like chelsea more intresting to express thropies more than football development...........but now ade kuasa baru di EPL

This is chelsea
  
Kuasa baru bola sepak EPL iaitu MC mula naik dalam 2 tahun kebelakangan ini selepas tranformasi Sheikh Mansor dgn membawa masuk ramai pemain bintang menjadikan kelab MC sbg kelab terkaya kot....mula la MC ade penyokong yang beralih arah dari Chelsea.....adakah mereka peminat sejati?lalang?atau hnya sekadar mahu mencari team yg mampu gugat MU?kalau begitu lah gamaknya bermakna tiada kemanisan dlm bola sepak dpt anda rasakan.....cuba tgk,chelsea sejak tahun 2000 sampai skg kalau xsilap aku sudah ade 10 manager....tp?apakah kejayaan yang di kecapi kelab berbaloi dengan kos?sepertiMC,kos pasukan MC mybe blh buat 10 team arsenal...tp di mana MC dalam kejohanan eropah?pasukan EPL pertama out..baru out td seri ngn Real.......kalau belaja ekonomi blh la tau kos n benefict.....hehehehehe

this is legend
ok...berbalik kepada MU....hanya team ni jer yg aku minat....sbb?David Beckham...aku ni langsung x minat bola sepak sejak dari kecil namun ketika usia nk masuk 20 aku terlihat video CD dokumentari beckham...dari situ aku mula minat pada bola dan pasukan beckham ketika itu adalah MU.....so aku sokong MU lah.....aku mula ikuti perkembangan sejarah dan terkini ttg MU.....apa yg aku tahu MU adalah pengurusan yg terbaik di EPL yg berjaya mengekalkan pengurus SAF selama lebih 2 dekap di iringi trofi yg blh dikatakan agak berbaloi dgn kos.......dan mengasilkan ramai player star dan juga legend yag kini ramai dah jadi jurulatih seperti SAF....hebat bukan pengaruh SAF?

Dalam dunia bola sepak aku respect kepada 2 org kwn aku...sorg classmate aku yg setia ngn Liverpool even terkini sgt down dgn trofi dan kemenangan.....salute sbb this is true fan...sokong bkn sbb mng...tp cintakan kelab lebih pntg.

Sorg lagi mmber kg aku...penyokong setia arsenal...xsuka player tp suka kelab.........sggup tgk bola sorg2 sbb jrg kafe on game arsenal....tp hati dia ada pada arsenal....~respect~

p/s : kalau nk tgk bola...tgk la...xyah minat sgt kalau x taw apa itu knowledge.....nasib baik QPR x power..kalau x ramai la fan chelsea n MC lompat ke QPR`.....hahahaha~

Rabu, 31 Oktober 2012

SUNRISE-PCB

Terdetik pada pagi 31 oct utk ke PCB melihat dan snap some sunrise pic there....dh lama rasanya tak melihat matahari terbit di sana,so lepas solat subuh angkat kaki tanpa pengetahuan bini...hahahaha

There are some picture that I want to share...it look great coz created by Allah SWT and we realize that all was beautiful
















Tiap kali g pcb tgk air n sekitar kawasan,hati rasa sayu bila menikmati ciptaan Allah,xde kata yg boleh di ungkap melainkan perasaan yang kita dan Allah je tahu...sekian..salam PCB

Selasa, 25 September 2012

My Lovely Kucen2

I dont know why.....obses sgt ngn kucen2 ni...bg aku kucen2 ni sgt cute dan kawan yang selalu wat aku hepi...melihat telatahnya sgt mencuit hati....i got 3 kucen...actually 4 tp sekor dh mati masa aku p melbourne hari tu...kucen yg mati tu la yg paling aku syg giler sbb aku sendiri yg kutip dia sedang berkeliaran di ofis beberapa bulan lepas...

masa kat melbourne mak kol ckp baby dh mati......sedey giler...tiap2 hari aku tatap video kucen2 aku masa kat sana...tgk depa bergurau sesama mereka sgt cute smpai menitis air mata aku....hehehe...jiwang siot

So skg just left 3 only.....2 jantan satu betina.......even jantan tp semuanya bernama betina...xkan nk letak nama karim kot?hahahaha



yang ni abg long...namanya "kiah"...hehehehe



 yang ni pula 2nd muda...namanya "minah"



yang ni last one...namanya "milah"


sekor lagi namanya baby...gambar dia xnk letak sbb dah mati...hehehe...lau boleh nk tmbh 2-3 ekor lg bergantung pada keadaan....love my kucen :-)

Rabu, 12 September 2012

MELALUI DETIK SURAM

Entah kenapa sejak balik dari Oversea 2 minggu lalu hati aku sgt celaru...tidak tenang seperti selalu.....byk perkara yang bermain di benak otakku sehinggakan aku sendiri tidak pasti apa yg cuba aku fikirkan

Tetapi perkara utama yang sgt berlegar adalah kematian...aku asyik fikir tentang mati sejak kebelakangan ini....sayu...aku tidak banyak bercakap...suka menyendiri dan sedikit kemurungan...seperti takut pada sesuatu.

Isteri menyedari perubahan sikap yang aku sendiri tidak sedar....Maafkan aku wahai isteri kerana membuatkan kamu risau tentang kesihatanku.....Jagalah kesihatanmu demi anak dalam kandunganmu sihat dan normal dilahirkan suatu hari nanti...Jiak aku pergi dulu...maafkan aku

Khamis, 14 Jun 2012

:: HUJAN EMAS DI MANA? ::

springvale...jalan2



Di mana bumi ku pijak...di stu langit ku junjung.....3rd day kat melbourne....x byk bezanya dengan malaysia....cuaca n  kos kehidupan yg paling ketara.....

Dalam beberapa hari ni aku asyik tido n mimpikan rumah...home sick maybe....nasib baik ade isteri jadi meneman...bkn senang hidup di perantauan....

Dalam beberapa hari ni sempat gak jalan2 sekitar bandar Dandenong daerah victoria....xde pape yang menarik sgt...cuma seronok dan agak jakun berjalan dalam suhu sejuk...hehehe




konsep bata merah...rumah impian di malaysia


sekitar bandar dandenong

Sabtu, 9 Jun 2012

Melbourne...i am coming!

Dah lama aku tidak jenguk2 blog aku ni.....mcm dh x wujud lagi....dah lama tidak menulis..mungkin sudah ilang kreativiti.....tapi kini aku cuba menulis lagi untuk tatapan sendiri.....

11 jun....aku akan terbang ke negara kangaroo....mencari nafkah untuk keluargaku....sambil mencari pengalaman baru....tp masih ada kegusaran dalam benakku....urusan imigresen pasti mengganggu...pasport....visa semua sudah tersedia...cuma risau tidak dilepaskan oleh pihak berkuasa untuk terbang ke negara org.....

Kini aku tidak seperti dulu...bujang bukan lagi gelaranku....tangjwb pula mmg btambah2 di kepala...tp itu semua sudah resam manusia...aku cuma berharap aku dapat ke australia tanpa apa2 halangan...jika tidak 4k rm tiket 2 person with my wife burn....mati aku....moga dipermudahkan Allah........

~InsyaAllah~

Ahad, 25 Mac 2012

PEMINTA DERMA DEPAN BANK......


terdetik seribu satu perasaan tatkala melihat kanak2 serta dewasa yang melakukan aktiviti sebegini....melihat wajah mereka terasa simpati dan insaf...itulah yang sering kita lihat pada wajah2 peminta derma di depan2 bank seluruh negara......

Beridentitikan kopiah dan latar belakang palajar tahfiz mereka berdiri di depan pintu dengan mengharapkan belas kasihan org ramai...ada yang lalu sahaja..ada yang mengelak...ada yang sekadar yang memberi senyuman dan ada insan yang baik hati ikhlas menyalurkan sedikit derma kepada individu tersebut....dalam hati kecik individu itu kita tidak tahu apa yang mereka rasa....membawa amanah sebuah maahad tahfiz utk diperjuangkan..berapa ramai yang memahami....

mungkin org ramai terpalit dengan cerita sindiket2 penipuan ttg perkara ini membutakan mereka berkira2 utk menyalurkan derma...mgkin mereka tidak mahu tertipu dan mgkin itu alasan utk mereka tidak mengeluarkan duit kerana kedekut!!!!!