Sabtu, 27 Ogos 2011

:: HOTEL UNIVERSAL - KUANTAN ::

Perjalan dari JB ke KB sgt memenatkan....walaupun jiwa tgh excited nk balik kg tp kerana kepenatan terpaksa la check in di hotel utk merehatkan badan...5 jam memandu sambil rakan2 seronok tido dalam kereta memaksa aku untuk turut tido sambil mencari bilik ditengah2 bandar kuantan....persekitaran agak sederhana...bandar yang agak bising walau pukul 5 pagi dengan alunan ekzos RXZ mat2 rempit..hehehe

Bersahur di bilik hotel agak terkilan kerana harga nasi kat kedai mamak bawah hotel sgt mahal..ayam goreng ngn 2 ketul sotong keecik berharga rm9.30 seperti harga nasi di KLCC..mungkin dia tau yg aku bukan local resident so di ketuk kow2 punya...lau aku singgah sini lain kali x mungkin aku ke kedai mamak tu lagi..dh la xsedap.......tp bersykur la sb tu je kedai yg ada..

Awek aku skg berada di kemaman otw balik kg dari KL...mybe jalan bentong terlalu jem' memaksa dia drive ikut terengganu utk balik kg...moga dia sampai dengan selamat dan kami dapat berjumpa esok di kg....rindu bangat sama dia..tahun ni tahun pertama kami beraya sebagai kapel.....harap2 proses merisik berjalan dgn lancar....

:: Azan subuh di masjid Negeri Sultan Ahmad Kuantan membangkitkan nostalgia ::

~ Rindu sama Mama~adik~kakak~hana syg~

Sabtu, 6 Ogos 2011

:: Manusia semasa – Dosa yang tidak disedari ::

Dosa yang tidak disedari...mungkin ramai yang janggal dengan perkataan tu..ramai yang tidak peka malah ramai yang tidak sedar akan kepentingan makna tersirat disebalik perkataan itu....dosa yang tidak disedari....sedarkah kita apa yang dimaksudkan dan apakah dosa2 yang kita tidak sedari itu..insyaAllah akan cuba saya kongsikan setakat pengalaman peribadi dalam kehidupan sehari-harian kita pada masa ini. Antara dosa2 yang tidak kita sedar yang saya kenalpasti adalah seperti :-

:: Pengabaian solat

Lewat ini saya yakin peratusan manusia yang menunaikan solat 5 waktu seharian tanpa meninggalkan walau satu waktu adalah amat kecil berbanding mereka yang meninggalkan solat. Mungkin sudah menjadi trend anak muda masa kini malah golongan yang sudah berkahwin meninggalkan solat 5 waktu. Pada mereka seolah2 perbuatan itu tidak bersalah walau hati mereka berkata dosa bagi mereka yang meninggalkan solat itu akan tetapi mereka tidak berusaha untuk menunaikan solat 5 waktu itu. Dan apabila ada di kalangan mereka ini bersolat maka akan menjadi kutukan atau sindiran pada mereka yang tidak bersolat seolah2 bersolat itu satu kesalahan. Mungkin kita pernah dengar sindiran seperti “ Sudah buang tebiat”...”sudah taubat ke?” dan beberapa perkataan lain berbaur sindiran tanpa mereka sedar ia berdosa besar dengan menganggap itu semua sebagai satu gurauan...Nauzubillah!

:: Mendedahkan aurat (Wanita tidak bertudung)

Bagi saya perkara ini amat ketara sekali di zaman ini....,ereka sedar tentang dosa mendedahkan aurat (rambut) tp ramai dikalangan sahabat2 perempuan yang tidak memakai tudung....bila ditegur maka pelbagai alasan diberikan dan yang biasa kita dengar adalah seperti “don’t judge the book by its cover”....”belum dapat hidayah”....”orang yang pakai tudung belum tentu baik” dan banyak lagi. Saya tertarik dengan perkataan don’t judge book by its cover...mmg betul ayat itu tapi ramai yang memanipulasikan ayat itu untuk menutup kesalahan masing2. Memang org yang bertudung tidak semuanya baik dan sy akui ttg sahihnya ayat itu..tp adakah yang tidak bertudung itu baik? Ya......mereka baik akhlak,percakapan,pergaulan tapi dari sudut agama dia telah lemnggar hokum Allah bermakna secara automatic dia sudah berbuat jahat kepada Allah. Tapi ramai yang tidak sedar akan hal ini dengan menganggap mereka tidak berbuat jahat dari segi perbuatan sesame manusia tapi mereka lupa ttg hubungan mereka dengan Allah.

:: Lelaki dan wanita yang bercinta

Bercinta...perkataan itu pasti terbit dari setiap bibir golongan remaja dan juga manusia tanpa mengira usia....adalah tidah salah bagi manusia itu bercinta tapi cara mereka bercinta itu membuatkan mereka berdosa tanpa mereka sedar...kita selalu dengar perkataan Islamic love tapi berapa ramai yang mengamalkan perkataan Islamic love dalam perhubungan mereka?kita sering melihat anak muda masa kini bercinta seolah-olah mereka sudah berkahwin, perkepit,berpelukan,berpegangan tangan tanpa mereka sedar mereka melakukan dosa zina kecil dan bila ditegur mereka berkata “pgg tangan jer...bukan wat apapun”....dan perlakuan inilah yang menjurus kepada maksiat zina dan seterusnya berlaku kes pembuangan bayi..Nauzubillah!

:: Etika Pemakaian

Tidak kiralah samada laki atau wanita, pada hari ini sudah ramai yang tidak mengamalkan etika berpakaian menurut pemakaian orang islam..lelaki berseluar pendek dengan mendedahkan lutut..perempuan yang berpakain menampakkan bentuk tubuh dan payudara..bagi mereka asalkan berpakain menutup badan dikira menutup aurat..dan itulah kesilapan pemikiran manusia pada masa kini yang tidak peka dengan hukum pemakaian menurut islam....itulah yang saya maksudkan dengan dosa yang tidak kita sedar...

:: Batas pergaulan bukan muhrim

Sudah menjadi perkara biasa di zaman ini..,lelaki permpuan bergaul seperti adik beradik yang tiada batasan berpegangan..bersentuhan...gelak ketawa....pada pandangan umum ia adalah perkara biasa tp dalam islam hukumnya adalah haram tapi berapa orang yang sedar akan masalah ini...tidak ramai yang memandang serius kerana perkara ini sudah menjadi perkara biasa dan sudah tiada perasaan berdosa lagi....seperti di barat begitulah acuan hidup kita...berkiblatkan barat semata2 atas nama islam pada i/c tidak memadai bagi seorang mukmin sekati.

:: Hiburan terlampau

Hiburan terlampau yang dianggap perkara biasa seperti menonton konsert bercampur lelaki perempuan tanpa muhrim menjadi amalan sesetengah umat islam tanpa mereka sedar perkara itu melalaikan dan ditegah dalam islam...dirumah pula kita disajikan di televisyen denga pelbagai hiburan...90% rancangan di televisyen adalah tidak ilmiah untuk ditonton oleh umat islam tapi itulah rutin harian kita dan tidak sah sekiranya tidak menonton rancangan dari barat atau Malaysia sendiri yang mempunyai unsur2 seksual yang mampu member kesan nigatif kepada minda manusia...

Terdapat banyak lagi dosa2 yang tidak kita sedar malah kita sedar tapi masih melakukannya namun kerana terbiasa maka itulah yang mereka amalkan dari kecil....manusia hidup dengan pelbagai alasan untuk menutup kesalahan mereka dan setiap perbuatan yang wajib itu kerap dikritik dan disindir bagi orang2 yang mengamalkan hukum islam yang sebenar...dan segala yang saya tulis ini adalah dari pengalaman saya sendiri dan tiada kene mengena dengan orang diseliling saya......sekian