Jumaat, 11 November 2011

:: Bukan senang mau senang woO!! ::

Susahnya dalam hati..........bukan senang mau senang woO!!...ni la nasib bila jadi penganggur terhormat...keje pon xde...nk tgu keje lama lambat lagi baru mula...dah dekat sebulan dok kat umah..hari2 bgun mkn tido....apa lah nasib....org yang blaja tinggi2 pon blom tentu ade keje elok..apatah lagi aku yg serba tiada ni.. :-)

Sbnrnya aku xde la kisah sgt tidak bekerja..cuma yang aku runsing skg sbb ade saki baki hutang kwn2 yang perlu dijelaskan dalam masa terdekat..ye lah..hutang wajib dibayar walau tidak dituntut...apatah lagi yang dok tuntut hari2..pening gak pk..mana nak korek bagi setel semua...aku fhm kwn2 aku pon perlukan duit seperti aku..tp tu la...selagi xde keje and income camne la nk setel semua..aku dah tekad aku xkan kawin selagi aku xsetel semua hutang2 aku tu...tido x lena dgn sumpahan dari mereka2 semua.....

Teringat gak time kaya2 dlu...senang ke aku ade kwn ramai...org xkisah sbb aku ade duit..tp skg ssah skit sbb org dh x pandang org yg miskin..hehehe..tp xpe lumrah dunia...kalau x kaya xde la kwn nk dekat..kena maki lagi ade la....camner ea nk buat..dh byk interview keje tp xde pon yg dpt..ssh gak alam kerjaya ni...pening2..lau kaya kan senang...ambik jer duit mak aku setel semua hutang..ops!! lau kaya xkan la nk berhutang...hehehe

Apa yang aku boleh lakukan skg adelah cuba cari keje secepat mungkin...setelkan semua hutang..tu je matlamat aku....setel satu persatu ikut permintaan then aku boleh tido lena dan xde lagi sumpah maki dari mereka2 itu...lau nk ikutkan dh lama aku x berhutang sbb dh tekad...ni pon kira hutang2 zaman lama la....one more thing aku xpenah lari dari hutang..lau nk lari sng jer..off hp then syp..tp tu bukan cara aku....biar org benci aku asalkan aku tidak lari dari masalah...

~ botak kepala pon blom tentu ok ~

Khamis, 10 November 2011

:: ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT ::



Alhamdulillah semua dh selesai walau majlis berjalan dalam keadaan kelam kabut kerana byk persiapan dilakukan pada detik2 akhir......walaupun begitu aku tetap hepi kerana majlis lebih meriah dari yang aku jangkakan.....sepatutnya majlis ini dilakukan simple sahaja namun xsangka sgt ramai org samada dari belah perempuan mahupun lelaki..sungguh x disangka2...syukur sgt dan terima kasih kepada family dan kwn2 yang byk bg support...terharu pon ada..:-)

So kat sini teringin juga aku berkongsi sedikit memori bersama kwn2 utk ditatapi......gambr kat atas merupakan brg2 hantaran yang aku bawa utk mempelai perempuan..hehehe


Barang2 hantaran ni semua aku gubah sendiri...xde org yg pandai so terpaksalah aku gunakan kreativiti aku yang ntah pape ntah utk siapkan semua gubahan yg sgt2 simple ini....

ni pula barang2 yang akan menjadi milik aku...yang paling syok adelah objek yang berwarna oren tu..mercurial vapor latest edition+m.u kit new season..gempak abes..hahaha

ni pulak calon bakal isteri aku..tu pon kalau ade jodoh la..bernama rohana bt yusuff...persis nama aku roslan said...:-)

mak dia dan mak aku..mak dia ceria mak aku plak cuak abis..xbiasa ngn majlis2 mcm ni so nervous abis la..hahaha

bersama amirul dan isterinya hani....mirul lagi muda dari aku tp dh kwin..tu yg aku jeles tu ..so kena la cpt2 kwin..hehehe

taget aku 11 org anak laki....moga2 dipermudahkan :-)

~7112011 sempena hari lahir dan hari pertunanganku menjadi kenyataan~






Sabtu, 5 November 2011

:: Penat Tahap Maximum ::

hari ni terlalu penat..dari pagi buka je mata terus bergegas ke sana sini...baru ku tahu apa kesan kalau buat keje last minit......semua nk last minit dan yg jadi mangsa adlh aku...di kerah kesana sini....baju..pelamin...barang hantaran...bawa bakal mak mertua shoping...xleh ke kalau wat ringkas2 je majlis tu.??.....xpasal2 time hari majlis nnt semua demam...

Barang2 utk kenduri belum settle lagi..komfem la esok lusa aku xde tenaga lagi.....esok dh raya tp mcm xterasa.....xseronok plak rasanya..tertekan lagi ada...rasa mcm nk kenselkan semua..tp apakan daya bila semua org dh beria2....

Xsanggup menghadapi esok dan lusa....terasa seperti tercabut jantung dan nyawa....

~hepi besday alan...selamat bertunang~

Khamis, 3 November 2011

TERIMA KASIH KERANA BERSAMAKU

Tiada apa yg dapat diungkapkan sebagai menggambarkan kesyukuran kerana dikurniakan seorg insan seperti kamu...tidak mahu memuja sekadar memuji di saat kejatuhan kedamparan sehina kaki di tanah dalam mencari erti kehidupan yang semakin kelam kamu ada bersamaku..telah ku pinta untuk mengundur diri kerana merasakan diri ini terlalu kecil utk kamu tetapi kamu sedia mengangkat martabatkatku dari tanah hingga ke langit.....

Hajat di hati ingin membatalkan semua perancangan kerana masa depan kelam tidak terduga..terasa malu ingin bersua kerana takut dimamah cerca...ingin ku lari dari dunia kerana malu pada keluarga..tarikh perjanjian semakin terasa namun masa depanku hilang kemana......

Inginku cerita takut dimurka..oleh keluargamu yang menanti masa..namun aku kena kuat utk berterus terang padamu kerana aku sudah tiada apa.....aku bersyukur kerana kamu mendengar tidak hanya malah kamu terima keadaan ku seadanya....aku akui aku malu kerana kamu yang menanggung segalanya..demi menjaga masjid kita yang hampir roboh dibaham masa....

Aku akui aku belum bersedia kerana masa depan ku juga belum terjaga...menjadi suami bukan biasa tetapi tggjwb besar rasanya...aku kagum dan teruja kerana kamu mengerti apa itu air mata...tidak berterusan mengalir kau ada utk menghilangkan segala duka.....

Ibu ku juga tahu aku menderita, mahu menarik diri kerana dia tau aku sudah tiada apa2 utk kamu dan aku hidup bersama..tetapi kamu lebih dari apa yang aku jangkakan...kamu tidak lari malah bangun bersama..merangkak mencari cinta yang halal utk bersama..air mata ku kini mengalir dua..satu derita satu bahagia..derita kerana aku tidak bekerja bahagia kerana kamu bersama...

07/11/11 pasti terlaksana..kerana kesungguhanmu utk bersama..membuat aku rasa teruja serta kagum dengan kuasaNYA..Allah itu sentiasa ada..membantu hambanya yang mahukan masjid..walaupun tapak tidak sekuat mana tetapi masjid didirikan jua.....

Terima kasih sygku hana..kerana ada waktu duka...tidak hanya ketika gembira..kerana itulah aku gembira...punyai insan seperti anda..menjadi teman hidup bersama..ke anak cucu doa hendaknya........

Tulisan terungkap bersama air mata...yang tidak difahami siapa kecuali yang Esa....senyuman terukir bukan kerana gembira...tapi kerana mahukan mereka2 yang mengharapkan senyum bersama....

:: Terima KAsih HAna ::

Khamis, 6 Oktober 2011

:: Dan Apabila Sudah Termakan Jasa ::

Kini baru aku taw apa erti bila termakan jasa...terasa diri terlalu hina apabila diperguna..menghormati mereka kerana mereka bergelar sahabat namun persahabatan diadaptasikan atas nama hamba....

Sudah lama hati menyedari tapi kerana hormati perasaan terpaksa menghambakan diri kerana jasa...dan walau terbayar jutaan nilai ringgit namun jasa xkan dapat terbalas..namun hnya keikhlasan dapat menterjemahkan erti membalas jasa...

Mereka yang bergelar sahabat tidak sedar apa itu erti hormati kawan dan hanya mahu kawan menghormati mereka saja...telah ku cuba menghormati kawan bukan kerana jasa tapi atas nama persahabatan namun kawan tidak pernah memikirkan perasaan dan hati kwnnya ini.....

Dikerah bila diperlukan...dimarah bila ketensenan...tapi tidak mengapa kerana dia adalah kwn....adat menumpang tidak kira aku dipandang atau diketepikan, aku tetap mengormati kawan.....

Kini aku mengundurkan diri setelah sekian lama aku cuma mengajar kawan menghormati kawan namun kawan tidak semua menpunyai hati dan kini aku tidak akan menjadi hamba perasaan kamu lagi.......sekian~~

Khamis, 29 September 2011

Give me good health...

Dalam 2,3 minggu ni banyak betul dugaan dalam kesihatan...baru je sembuh dari batuk dan demam....kena pulak luka dalam mulut..nk makan pon susah...hampir seminggu menahan nafsu makan dan terpaksa mkn benda2 lembut dan xleh makan pedas..dan kini bila sakit dah nk ok...sakit baru plak yg dapat....

Tak tau mana silapnya tersalah teknik mata aku menjadi silau dan pening...nk tgk cahaya skit pon dah rabak...nk baca paper lansung x nampak tulisan...nk ngadap laptop x sampai 5 minit dh berair.....aku harap ia x kekal dan bersifat sementara..baru aku tau keje2 "welding" tidak semudah yg disangka....api welding sgt memberi kesan kepada mata....dan terpaksa la aku mc hari ni...sgt bosan dirumah...g keje lagi bes.......harap esok bleh g keje mcm biasa....

Sabtu, 27 Ogos 2011

:: HOTEL UNIVERSAL - KUANTAN ::

Perjalan dari JB ke KB sgt memenatkan....walaupun jiwa tgh excited nk balik kg tp kerana kepenatan terpaksa la check in di hotel utk merehatkan badan...5 jam memandu sambil rakan2 seronok tido dalam kereta memaksa aku untuk turut tido sambil mencari bilik ditengah2 bandar kuantan....persekitaran agak sederhana...bandar yang agak bising walau pukul 5 pagi dengan alunan ekzos RXZ mat2 rempit..hehehe

Bersahur di bilik hotel agak terkilan kerana harga nasi kat kedai mamak bawah hotel sgt mahal..ayam goreng ngn 2 ketul sotong keecik berharga rm9.30 seperti harga nasi di KLCC..mungkin dia tau yg aku bukan local resident so di ketuk kow2 punya...lau aku singgah sini lain kali x mungkin aku ke kedai mamak tu lagi..dh la xsedap.......tp bersykur la sb tu je kedai yg ada..

Awek aku skg berada di kemaman otw balik kg dari KL...mybe jalan bentong terlalu jem' memaksa dia drive ikut terengganu utk balik kg...moga dia sampai dengan selamat dan kami dapat berjumpa esok di kg....rindu bangat sama dia..tahun ni tahun pertama kami beraya sebagai kapel.....harap2 proses merisik berjalan dgn lancar....

:: Azan subuh di masjid Negeri Sultan Ahmad Kuantan membangkitkan nostalgia ::

~ Rindu sama Mama~adik~kakak~hana syg~

Sabtu, 6 Ogos 2011

:: Manusia semasa – Dosa yang tidak disedari ::

Dosa yang tidak disedari...mungkin ramai yang janggal dengan perkataan tu..ramai yang tidak peka malah ramai yang tidak sedar akan kepentingan makna tersirat disebalik perkataan itu....dosa yang tidak disedari....sedarkah kita apa yang dimaksudkan dan apakah dosa2 yang kita tidak sedari itu..insyaAllah akan cuba saya kongsikan setakat pengalaman peribadi dalam kehidupan sehari-harian kita pada masa ini. Antara dosa2 yang tidak kita sedar yang saya kenalpasti adalah seperti :-

:: Pengabaian solat

Lewat ini saya yakin peratusan manusia yang menunaikan solat 5 waktu seharian tanpa meninggalkan walau satu waktu adalah amat kecil berbanding mereka yang meninggalkan solat. Mungkin sudah menjadi trend anak muda masa kini malah golongan yang sudah berkahwin meninggalkan solat 5 waktu. Pada mereka seolah2 perbuatan itu tidak bersalah walau hati mereka berkata dosa bagi mereka yang meninggalkan solat itu akan tetapi mereka tidak berusaha untuk menunaikan solat 5 waktu itu. Dan apabila ada di kalangan mereka ini bersolat maka akan menjadi kutukan atau sindiran pada mereka yang tidak bersolat seolah2 bersolat itu satu kesalahan. Mungkin kita pernah dengar sindiran seperti “ Sudah buang tebiat”...”sudah taubat ke?” dan beberapa perkataan lain berbaur sindiran tanpa mereka sedar ia berdosa besar dengan menganggap itu semua sebagai satu gurauan...Nauzubillah!

:: Mendedahkan aurat (Wanita tidak bertudung)

Bagi saya perkara ini amat ketara sekali di zaman ini....,ereka sedar tentang dosa mendedahkan aurat (rambut) tp ramai dikalangan sahabat2 perempuan yang tidak memakai tudung....bila ditegur maka pelbagai alasan diberikan dan yang biasa kita dengar adalah seperti “don’t judge the book by its cover”....”belum dapat hidayah”....”orang yang pakai tudung belum tentu baik” dan banyak lagi. Saya tertarik dengan perkataan don’t judge book by its cover...mmg betul ayat itu tapi ramai yang memanipulasikan ayat itu untuk menutup kesalahan masing2. Memang org yang bertudung tidak semuanya baik dan sy akui ttg sahihnya ayat itu..tp adakah yang tidak bertudung itu baik? Ya......mereka baik akhlak,percakapan,pergaulan tapi dari sudut agama dia telah lemnggar hokum Allah bermakna secara automatic dia sudah berbuat jahat kepada Allah. Tapi ramai yang tidak sedar akan hal ini dengan menganggap mereka tidak berbuat jahat dari segi perbuatan sesame manusia tapi mereka lupa ttg hubungan mereka dengan Allah.

:: Lelaki dan wanita yang bercinta

Bercinta...perkataan itu pasti terbit dari setiap bibir golongan remaja dan juga manusia tanpa mengira usia....adalah tidah salah bagi manusia itu bercinta tapi cara mereka bercinta itu membuatkan mereka berdosa tanpa mereka sedar...kita selalu dengar perkataan Islamic love tapi berapa ramai yang mengamalkan perkataan Islamic love dalam perhubungan mereka?kita sering melihat anak muda masa kini bercinta seolah-olah mereka sudah berkahwin, perkepit,berpelukan,berpegangan tangan tanpa mereka sedar mereka melakukan dosa zina kecil dan bila ditegur mereka berkata “pgg tangan jer...bukan wat apapun”....dan perlakuan inilah yang menjurus kepada maksiat zina dan seterusnya berlaku kes pembuangan bayi..Nauzubillah!

:: Etika Pemakaian

Tidak kiralah samada laki atau wanita, pada hari ini sudah ramai yang tidak mengamalkan etika berpakaian menurut pemakaian orang islam..lelaki berseluar pendek dengan mendedahkan lutut..perempuan yang berpakain menampakkan bentuk tubuh dan payudara..bagi mereka asalkan berpakain menutup badan dikira menutup aurat..dan itulah kesilapan pemikiran manusia pada masa kini yang tidak peka dengan hukum pemakaian menurut islam....itulah yang saya maksudkan dengan dosa yang tidak kita sedar...

:: Batas pergaulan bukan muhrim

Sudah menjadi perkara biasa di zaman ini..,lelaki permpuan bergaul seperti adik beradik yang tiada batasan berpegangan..bersentuhan...gelak ketawa....pada pandangan umum ia adalah perkara biasa tp dalam islam hukumnya adalah haram tapi berapa orang yang sedar akan masalah ini...tidak ramai yang memandang serius kerana perkara ini sudah menjadi perkara biasa dan sudah tiada perasaan berdosa lagi....seperti di barat begitulah acuan hidup kita...berkiblatkan barat semata2 atas nama islam pada i/c tidak memadai bagi seorang mukmin sekati.

:: Hiburan terlampau

Hiburan terlampau yang dianggap perkara biasa seperti menonton konsert bercampur lelaki perempuan tanpa muhrim menjadi amalan sesetengah umat islam tanpa mereka sedar perkara itu melalaikan dan ditegah dalam islam...dirumah pula kita disajikan di televisyen denga pelbagai hiburan...90% rancangan di televisyen adalah tidak ilmiah untuk ditonton oleh umat islam tapi itulah rutin harian kita dan tidak sah sekiranya tidak menonton rancangan dari barat atau Malaysia sendiri yang mempunyai unsur2 seksual yang mampu member kesan nigatif kepada minda manusia...

Terdapat banyak lagi dosa2 yang tidak kita sedar malah kita sedar tapi masih melakukannya namun kerana terbiasa maka itulah yang mereka amalkan dari kecil....manusia hidup dengan pelbagai alasan untuk menutup kesalahan mereka dan setiap perbuatan yang wajib itu kerap dikritik dan disindir bagi orang2 yang mengamalkan hukum islam yang sebenar...dan segala yang saya tulis ini adalah dari pengalaman saya sendiri dan tiada kene mengena dengan orang diseliling saya......sekian

Jumaat, 29 Julai 2011

:: Ahlan Wasahlan Ya RAmadhan ~ Mis my late father ::

Ramadhan semakin menjelma...kini sekali lagi aku menyambut ramadhan jauh di perantauan meninggalkan family tercinta.....johor sudah menjadi rumah kedua ku.....kalau dihitungkan sudah 5 tahun aku berpuasa di luar kelantan.....dan sudah 6 tahun aku tidak berpuasa bersama arwah ayahku......dalam menyambut ramadhan pasti terdetik waktu2 indah bersama keluarga serta kwn2 tercinta.....terlalu byk pengalaman yg nilainya bukan sekadar RM semata...

Pengalaman bersama arwah...aku ingat lagi semasa aku baru nk membesar aku teringin nak bawa moto sendiri dan ayah sering melarang...masa tu kalau x silap antara tahun 1995/96 dan jika dihitung sudah lebih satu dekad...terasa begitu cepat perjalan masa aturan Ilahi.....kerana desakanku ayah menuruti,,,,,,dan pada malam itu aku ditemani ayah menjalani latihan memandu (hahaha) di padang sebelah sekolah menengah Penambang kat kg aku....rasa seronok apabila aku bawa moto dan ayah dibelakangku.........satu kepuasan apabila apa yg kita nk dapat direalisasikan....dan aku x lupa juga semasa pulang dari latihan moto tergolek depan rumah kerana aku xsengaja ter"press" minyak moto....hahaha...sgt kelakar dan dramatik....aku tidak datang dlm keluarga yg senang tp aku sgt bahagia disisi ayah dan ibuku yg merupakan ikon kepada aku...........sgt rindukan waktu itu.....

Terasa seronok waktu kecik ke pasar (dulu xde lagi bazar ramadhan) yang ade pasar je tempat jual kuih2 utk berbuka...biasanya kami akan ke pasar gok kapur utk membeli kuih dan lauk pauk berbuka......walau tidak semewah mana tapi bes bro...hehehe..masa kecik2 mmg aku suka ponteng puasa..biasa la kanak2 nakal...tapi kalau time waktu berbuka aku mmg saf hadapan....benda pertama pasti kurma...ceh ikut protokol org berbuka padahal x puasa...hahaha...then aku suka minum soya dan x suka mkn buah time kecik....dan lepas mkn aku akan baring depan tv..hehehe

Waktu malam pula of kos la malam yg meriah seperti perang dunia kedua...dan ketika org tua dan muda sedang kusyuk berjemaah tarawikh maka kami la org yang akan menghidupkan kemeriahan dengan letupan merrcun yg dibeli ptg td,,,hahaha...teringat ketika dikejar oleh pakcik yg paling garang pada hampir tiap2 malam...hahaha...cian pakcik tu semput..mana boleh challenge kami yang lincah berlari...hahaha...tiap2 malam adalah pesta warna warni dan bunyi....dan waktu itu adalah syurga dunia di zaman kanak2

Kini aku semakin dewasa....4tahun aku berpuasa di UTM semasa bergelar student...suka duka liku kehidupan di UTM akan aku abadikan sampai mati dan xkan hilang dalam lipatan sejarah...selama 4 tahun di UTM hnya tahun terakhir je yang aku puasa full...yg lain hancus...teruk sgt aku ni....xleh tahan dugaan padahal xde la lapar sgt pon...suka2 je monteng.....ade sorg dua geng yg suka datang bilik aku beserta makanan n minuman...aku umpama org ngntuk disorong bantal....lalai....

Dan tahun lepas aku berpuasa dalam keadaan yg serba naif bila lutut aku cedera dan menyukarkan aku utk bergerak..aku hnya sempat solat tarawikh jemaah sekali jer ketika berada di rumah pensyarah ketika majlis berbuka puasa..tu pon solat atas kerusi jaa.....kaki ini tidak bisa dilipat...sakit tu,,,hehehe....

Dan ini tahun kelima aku berpuasa di Johor (my 2nd home") sebagai seorang pekerja dan bukan student lagi.....cabaran mungkin lebih berat lagi tahun ni dan harap dpt puasa full n dpt g tarawikh jemaah lebih kerap lagi...insyaAllah~~

:: Ramadhan datang Sya'ban meninggalkan kita dan pasti akan kembali ::

Rabu, 27 Julai 2011

ALHAMDULILLAH...Perjalanan semakin bercahaya (",)

Hari semakin hari.....perjalanan yg dulu berliku kini bertambah cahaya..alhamdulillah, kini aku sudah kembali menjadi manusia....mmg aku manusia tp kini semakin berjaya....syukur kehadrat Allah kerana masih memberi sedikit nafas utk aku melakukan sesuatu bagi membalas jasa ibuku yang kini semakin dimamah usia.....

Ketika aku melihat kedepan masaku kelihat sgt suram seperti awan mendung tiada bercahaya dan kini cahaya kelihatan sedikit terpancar dicelahan kegelapan itu....aku percaya kekuasaan Allah mampu mengubah segalanya namun aku tidak pernah menduga kuasa itu memberi perubahan kepada hidupku serta keluarga.....tiada apa yang aku perlukan selain memberi kegembiraan kepada ibuku serta arwah ayahku....

Hampir mencapai bulan pertama aku bergelar sebahagian daripada Sime Darby Engineering SDN BHD aku sgt hepi dengan progres hidup yang semakin positif...dulu aku tekial2 mencari kerjaya dan kini aku sudah mengecapnya dan aku akan lakukan yang terbaik demi ibuku...aku berharap aku masih sempat menunaikan janjiku utk membawa ibuku pergi ke suatu tempat yang menjadi kiblat umat islam suatu hari nnt....aku berdoa agar Allah permudahkan dan perkenankan doaku ini......

Dalam kegembiraan masih ada sedikit kerisauan...perasaan rendah diriku membuatkan aku takut dan tidak bersedia utk menjadi seorang suami....terasa kecil diri ini utk membimbing seorang kaum hawa yang bernama isteri....ramadhan semakin menjelma...dan shawal sudah pasti tiba....aku berdoa agar majlis pertunangan itu bakal berjalan dengan jayanya tanpa sebarang dugaan yang akan mematahkan semangat ku lagi......kini aku perlu sedar yang aku bukan kanak2 lagi.....apapun terjadi aku mesti bersedia utk menjadi lelaki sejati...sbg khalifah dan suami mithali...(",)


~KEJE :: KAWIN :: IBU :: DUNIA :: AKHIRAT~

Rabu, 29 Jun 2011

Gelombang KUNING semakin bergelora.....

Dalam sekelip mata satu fenomena KUNING mewakili simbolik BERSIH begitu bergelora sekali di dalam Malaysia Khasnya dan di negara luar seperti Australia yang diwakili oleh golongan pelajar di sana. Setelah menyaksikan beberapa faktor secara peribadi sy dapati banyak impak positif di sebalik perhimpuan ini dan impak itu sudah pon kelihatan sebelum perhimpunan itu berlangsung di mana beberapa keputusan menyaksikan bahawa ada pihak tertentu semakin takut pada warna kuning ini...sekilas pandang perhimpunan ini nmpk mcm perhimpunan haram pada mata sesetengah pihak tapi pada sy perhimpunan ini lebaih kepada menuntut hak rakyat yang mahukan keadilan yang telus dan bukan huru hara.

Secara jujurnya aku tidak mewakili mana2 parti dalam malaysia ini melainkan pemimpin yang mengamalkan islam pada dasarnya.Dan untuk perhimpuan BERSIH ini juga secara peribadi aku tidak bersetuju kerana ia menampakkan ciri2 Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak aman, akan tetapi aku rasa perhimpunan ini adalah wajib bagi menuntut hak rakyat seperti yang tertakhluk dalam memerandum..jika tuntutan ini di terima oleh kerajaan secara automatik aku rasa perhimpuan ini adalah tidak perlu.

Antara 8 tuntutan yang di senaraikan adalah seperti :-

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Tempoh minima kempen undi 21 hri
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Aku melihat kesemua tuntutan di atas maka tiada satupon yang yang mengancam keselamatan negara melainkan ia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat dari pelbagai sudut...InsyaAllah....

9 julai bakal menyaksikan satu fenomena berlaku dan kita akan lihat berapa ramai lagi tokoh2 di Malaysia yang bakal ditahan kerana penglibatan dengan perhimpunan ini dan yang pasti terdapat mesej jelas yang di suarakan oleh rakyat Malaysia yang menuntut sesuatu yang mampu menguatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen....sama2 kita doakan tiada malapetaka yang berlaku ada hari itu...INSYAALLAH


~DIGI-SPONGE BOB-JERSI HOME MALAYSIA- daN benda2 berwarna KUNING telah di BANNED oleh kerajaan~

Sabtu, 30 April 2011

Matahari berlalu maka senjalah ia .......

Hari semakin hari...terasa kecerian semakin berlalu.......gelak ketawa keriangan zaman remaja sudah sepi bersama usia....kini aku sudah tidak selincah, laju dan ganas seperti dulu....terasa zaman gemilangku semakin luntur...kini aku sudah senja bersama jasad yang semakin usang....

Semua bermula selepas kecederaan lutut yang aku alami pada ogos 2010...bermula ari tu, karier aku dlm bidang sukan sudah mula luntur....ku sangka aku mampu bangkit dari kecederaan itu namun hakikatnya aku alami perderitaan kekal....setelah 6 bulan aku sangkakan lutu ini kembali pulih....aku sudah mampu berlari...menyepak.....seperti sediakala..namun ianya tidak berkekalan..aku tidak sedar yg aku tidak cerdas sepenuhnya...walaupun aku berlari tapi ia tidak sepantas dahulu...menyepak tidak selaju dulu dan bergerak tidak selincah dulu.....dan kini aku sedar yang aku bukan seperti dulu....

Kecederaan kembali menghantui diri aku........kini lutut aku sudah menunjukkan rasa2 sakit..aku tidak boleh menyepak dan berlari lagi walaupun pada hakikatnya aku sudah boleh berjalan seperti orang biasa...inilah nasibku.......lututku sudah meragut minatku untuk bersukan..aku sgt sebak memikirkannya kerana sukanlah yang mampu wat aku tersenyum selama ini.......sedey sgt rasanya....terasa seperti sendirian...

Suatu ketika dulu ketika berada di kampus..aku sering menjadi orang penting dlm sukan bola sepak, takraw...futsal...badminton..bla..bla...blaaa.......aku sering di ajak oleh team2 lain untuk bermain dalam tournament dan friendly match..tp kini nama aku seakan sepi....begitu juga semasa berada di kampung...dahulunya aku mmg xleh nk dok umah malam2....pasti ada saja pelawaan untuk bermain futsal bersama rakan2...tp kini semuanya sepi seakan2 aku tidak pernah wujud dulu.....

Kini aku pasrah..akur dengan ketentuan bahawa aku sudah tidak seperti dahulu lagi....walaupun sering diperkotak katikkan dengan pelbagai sindiran seperti “orang tua” “OKU” “gemuk” “lembab” dan lain2..aku terima semua itu dengan senyuman..bagi aku..apa yang aku lalui pasti akan dilalui oleh mereka yang masih belum merasakannya......hidup umpama roda dan kini roda sukanku berada di bawah dan akan sentiasa di bawah untuk selamanya.....

~terasa diriku semakin usang~

Sabtu, 16 April 2011

Aku jatuh cinta lagi....:-)

Aargh!!...aku xdpt sembunyikan perasaan ini...dh lama aku impikan untuk memilikinya..namun perasan itu semakin membuak sekarang..aku dh x sabar..aku mesti melakukan sesuatu untuk mendapatkannya...aku akan berusaha......aku pasti berjaya...


canon EOS1100D

Dari dulu lagi aku impikan untuk memiliki kamera peribadi DSLR tp aku tak mampu kerana masih belajar..tapi kini bila melihat model terbaru canon aku sudah tidak tahan lagi...aku akan berusaha untuk mendapatkannya...melihat pada fungsi terbaru dengan harga yang aku mampu miliki..aku bertekad untuk bekerja pada cuti semester akan datang untuk memiliki kamera ini..aku akan berjimat,kurang mkn,kurang topup dan kurang segala2nya untuk mendapatkan kamera ini..aku juga mungkin akan menangguhkan tarikh pertunangan aku pada hari raya ini sbb bajet tak cukup..beli kamera dulu sbb awek takkan lari...hahahaha....tak pun semua belanja tunang nanti minta je ngn mak aku...yg penting skg aku nk beli kamera ni juga sblum raya ni menjelma....daaaaa~

~fall in love with u~

Rabu, 30 Mac 2011

Aku cuba menulis nasyid

Terjaga dari tidur...aku teringat pesan sahabatku seorang ustazah meminta aku mencipta satu lirik nasyid bertemakan akidah dalam pembentukan sahsiah....ia bertujuan untuk pertandingan nasyid di sekolahnya...masa yang diberi terlalu singkat iaitu petang semalam dan mahu aku siapkan pagi ini.....aku tak tau aku boleh wat ke tak tapi aku sudah berjanji maka kena siapkan gak.....dan skg hampir kol 430 am maka lirik itu sudah siap sepenuhnya....mcm tak bagus je lirik ni tapi pada aku ok la at least aku telah cuba dari tak buat apa langsung........hehehehe



Akidah dalam pembentukan sahsiah


Intro

Perlu ada dalam jiwa manusia

Satu sifat cinta kepadaNya

Memelihara apa yang telah dikurnia

Menjaga akidah dalam diri kita.


Al Quran dan sunnah jadikanlah pegangan

Mencari Allah dalam susah dan senang

Eratkan ukhwah dalam kehidupan

Tingkatkan sahsiah terciptanya perpaduan


verse

Jagalah akidah seperti permata

Digilap dijaga terpancar sinarannya

Akidah yang rosak tiadalah berguna

Mantapkan amalan iman terus bercahaya


Dalam Al Quran telah menyatakan

Tentang akidah serta kehidupan

Amal dan takwa jangan dilupakan

Akhirat kelak adanya pembalasan


Ending

Kembalilah kita pada islam tercinta

Janganlah lalai pada dunia sementara

Patuh pada perintah dan larangannya

InsyaAllah kita khalifah berjaya......


kalau la dia proceed lirik ni,bermakna aku ni berbakat juga dalam menggubah lagu....tp apa yg paling penting adalah pengisiannya,harap yang mendengar mengambilnya sebagai iktibar..insyaAllah (",)


~ aku sudah mula menulis~

Isnin, 7 Mac 2011

AKU dan SBW

Aku tidak pernah suka utk menulis tentang masa depan apatah lagi sejarah silam...tapi itulah lumrah kehidupan...sejarah, kini dan masa depan tidak pernah lari dalam perjalanan.....aku melihat kehidupan..sebenarnya sgt luas..namun manusia menjadikan ia sempit tanpa mereka sedar...begitu juga dengan aku...aku terlalu sempit dalam menterjemah kehidupan.....

Apa yang boleh aku simpulkan...aku sentiasa memilih jalan mati untuk hidup aku....dan kini aku tersadai di UTM tanpa aku tahu apa tujuan aku di sini...mengejar segulung ijazah utk masa depan...selama 4 tahun dan menjadi 5 tahun dan mungkin akan bertambah kepada 6 tahun...hanya utk segulung ijazah yang belum tentu menyuluh masa depan dengan cahaya yang semakin malap...





Secara jujurnya aku sangat senang dengan udara UTM tapi aku tidak pernah suka dengan udara SBW....SBW bukan jiwa aku...selama 4 tahun aku perbodohkan diri dengan SBW....aku terperangkap antara kerjaya dan masa depan yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya..aku cuba untuk menjadi sebahagian dari SBW...tapi aku semakin jauh dari landasan....aku semakin hilang identiti sebagai seorang pelajar yang disegani malah aku mula sedar yang aku SUDAH tergolong dalam kategori pelajar bodoh@lembab nk mampus di sini.....

Sudah lama aku terfikir untuk berhenti tapi aku tidak tahu kemana arah tuju aku selepas ini...untuk mencari pekerjaan bukan sesuatu yang mudah sekarang..apa harus aku lakukan??kemas barang then balik KG tolong mak kat rumah??pergi KL cari kerja kosong di kilang2??apakah status aku skg?pelajar??aku sudah keliru...sgt2 keliru...aku berjalan sendiri...di UTM aku sgt berliku...tempat aku bukan di sini lagi...kini aku sudah boleh berkira2 utk angkat kaki meniggalkan UTM tercinta.....

Aku terima tekanan dari pelbagai penjuru,family aku dan family bakal tunang aku...bakal ke?jadi ke??aku tak tau samaada aku sanggup utk bertunang bulan 6 nanti...aku tak nak bagi harapan kat GF aku..bukan aku tak SAYANG dia tapi aku tak nak dia mengharapkan sesuatu yang hebat dari aku yang serba kekurangan ini..andai ditakdirkan PERTUNANGAN ini terbatal,aku redha kerana bagi aku bukan perkahwinan matlamat utama aku......kini aku hanya nk buat sesuatu yang aku rasa selesa tanpa faktor orang sekeliling...aku hanya mahu senyuman dalam kehidupan.....bukan berada dalam mesin tekanan..........

~AKU SUDAH BERSEDIA UTK TINGGALKAN UTM~

Rabu, 16 Februari 2011

TAMAN NEGARA kali ini sgt BEST!!

Sedikit cerita dari taman negara yang bermula 10-15 feb 2011....ceritanya sama namun skripnya sgt berbeza dgn tahun lepas..ini adalah kali kedua aku ke taman negara utk join dak 3rd years.....walaupun tidak bersama dak2 batch aku..tp aku rasa sgt seronok kerana aku ke taman negara dgn perasaan yg sgt hepi+tenang...tidak seperti tahun lepas yang mana kepala aku sgt2 kusut......byk cerita di sebalik perjalan ini...apa yg penting aku dpt simpulkan sbg satu trip yang PERFECT secara individu bagi aku...thank to dea n farihah yg byk lepak ngn aku...borak2...mkn2 kat restoran terapung......aku harap korg xkan lupa nasi goreng makcik tu yg sgt sedap.....licin pinggan aku..hahaha...kat bwh ni ade la pic sekeping dua yg sempat aku upload..hope ia akan menjadi satu kenangan abadi bersama dak2 3rd year....... :-)


lelaki ini pemalu orgnya.....

bot ini menuju ke kuala Terenggan

budak spek itam itu adalah farid hamil..haha

aku lebih tinggi dari Mr gobi hanya dlm gambar ini

pakcik ni kuat maki...patut hidup bersama gajah di belakang

gajah itu lebih comel dari dea..... =))


~ alan love environment~

Jumaat, 4 Februari 2011

selamat harijadi cinta.........

dup!!dap!!dup!!dap!!...jantung aku berdegup...tidak sekencang mana...ntah kenapa?mybe kerana besday dia...hahaha.....4februari, akhirnya aku sempat pulang untuk bertemu dengan cinta.....walaupun hanya seketika..namun ia tetap sebuah cinta....masa terus berlalu....kini aku semakin sedar yang usia aku kian memaksa aku menilai jinjang pelamin utk sebuah kesempurnaan dalam cinta......insyaAllah..dalam masa terdekat..hanya menunggu kesempurnaan itu....

dan untuk percintaan ini...aku sgt bersyukur kerana mama sudah merestui...aku xberani berhadapan dengan mama kerana risau ia menolak hajatku...tp aku sgt gembira kerana mama sgt memahami..kini hnya tinggal urusan org tua kita sahaja...yg lain kita berserah pada Allah...mudah2han dipermudahkan..amin

dan untuk cinta...aku harapkan hadiah yg tidak seberapa itu mampu memberikan satu kenangan abadi....utk kamu peluk...cium sblm tidur...sgt cute.....seperti kamu....sentiasa cute dihatiku....cinta..kini aku di UTM meniggalkan kamu dengan satu amanah...aku tau kamu sgt jujur padaku dan aku tau kamu adalah apa yg aku cari selama ini..insyaAllah....kesederhanaan yg ada dlm diri kamu buat aku hormati kamu sebagai seorg wanita.......yg mulia...


~selamat harijadi ana~

Ahad, 23 Januari 2011

4SBW FC dah masuk paper??


Salam ukhuwah.......demikian silaturrahim yang tercipta dari perlawan persahabatan antara wakil Fakulti Alam Bina UTM daripada pelajar tahun akhir Perancangan Bandar dan Desa dengan Pro Mahasiswa UTM Skudai......walaupun kami kalah perlawanan ini namun itu tidak penting...yg penting dapat masuk paper tu....thank tu Sinar Harian Press kerana sudi menyiarkan gambar team kami yg xberapa power ni....ini adalah satu kebanggaan buat fakulti dan kos kami dan yang paling penting membakar semangat kami utk sukan akan datang nnt..kejuaraan pasti milik kami pada SUPER 2011 nnt.....dan yg paling penting aku sudah boleh menyepak kembali..thank Allah kerana bagi aku sedikit kudrat.....=))

~SUPER chaiYOK!!~