Khamis, 20 Mei 2010

Kisah seorang pemuda dan sahabat sejati....

Berdasarkan kisah benar seorang pemuda yang bernama amir.......amir merupakan seorang remaja berusia 21 tahun,merupakan seorang pekerja kilang di sebuah bandaraya besar iaitu Shah Alam.Amir bekerja sebagai seorang operator pengeluar produk makanan jenama Nestle dan produknya adalah Meggi.Setelah kecewa tidak dapat melanjutkan pelajaran tiga tahun yang lalu,amir hilang semangat untuk meneruskan niatnya untuk menyambung belajar di IPTA.Memang itulah impian amir dan ahli keluarganya terutama sekali ayahnya yang ingin sgt melihat amir berjaya bagi membantu keluarga yang agak daif dari segi kewangan.Akibat daripada kedaifan inilah yang meyebabkan amir terpaksa menolak tawaran untuk menyambung belajar di Politek Miri dalam jurusan Petrokimia.
Bekerja sebagai seorang operator pengeluar memang memenatkan.Keluar 7pg balik 7mlm manakala shif malam pula dari pukul 7mlm ke 7pg.Satu tempoh masa yang memenatkan bila terpaksa mengadap mesin selama 12jam ditambah bunyi bising yang memekakkan.Aktiviti selepas keje pula adalah tidur akibat kepenatan setelah seharian bekerja.Dan itulah rutin seharian Amir selama beberapa bulan.Awal bulan merupakan hari yang paling gembira bagi seorang manusia yang bergelar pekerja.Bila gaji masuk semua orang ketawa,gembira dan puas hati apabila dapat menikmati hasil titik peluh sendiri.
Hari minggu yang paling menggembirakan adalah pada minggu pertama,sedikit gaji disalurkan untuk keluarga,sedikit untuk simpanan dan selebihnya untuk berjalan2 di badaraya dan pada minggu itu amir dan rakan2 mengambil keputusan untuk berjalan2 di bandar Klang kerana lokasinya agak berdekatan dengan Shah Alam.Motifnya hanyalah untuk menonton wayang sambil berjalan2 melepasakan segala penat lelah bekerja.Semasa di bandar Klang amir terpandang sebuah kedai perkhidmatan cyber cafe,terdetik di hatinya untuk singgah kerana agak sudah lama amir tidak melayari internet bagi pelbagai tujuan seperti e-mail dan juga chatting (YM).Kelihatan seronok dan leka melayari internet sehingga sudah lupa tujuan asalnya adalah untuk menonton wayang.Dalam keasyikan berbual di internet,amir telah berkenalan dengan seorang gadis yangmana gadis tersebut merupakan seorang pelajar IPTA di UM.Amir kelihatan sungguh tekun dan kusyuk melayan kawan siber barunya kerana amir memang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan seorang pelajar universiti.Setelah agak lama berbual amir merasa agak penat dan ingin menghentikan perbualan itu namun terasa sayang,ingin minta nombor telefon takut tidak dilayan.Dengan azam dan tekad amir cuba juga minta no. telefon dan alhamdulillah gadis itu memberi respon positif.Maka di sini lah jalan cerita amir bermula.....(insyaAllah bersambung di halaman One Story)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan