Khamis, 6 Oktober 2011

:: Dan Apabila Sudah Termakan Jasa ::

Kini baru aku taw apa erti bila termakan jasa...terasa diri terlalu hina apabila diperguna..menghormati mereka kerana mereka bergelar sahabat namun persahabatan diadaptasikan atas nama hamba....

Sudah lama hati menyedari tapi kerana hormati perasaan terpaksa menghambakan diri kerana jasa...dan walau terbayar jutaan nilai ringgit namun jasa xkan dapat terbalas..namun hnya keikhlasan dapat menterjemahkan erti membalas jasa...

Mereka yang bergelar sahabat tidak sedar apa itu erti hormati kawan dan hanya mahu kawan menghormati mereka saja...telah ku cuba menghormati kawan bukan kerana jasa tapi atas nama persahabatan namun kawan tidak pernah memikirkan perasaan dan hati kwnnya ini.....

Dikerah bila diperlukan...dimarah bila ketensenan...tapi tidak mengapa kerana dia adalah kwn....adat menumpang tidak kira aku dipandang atau diketepikan, aku tetap mengormati kawan.....

Kini aku mengundurkan diri setelah sekian lama aku cuma mengajar kawan menghormati kawan namun kawan tidak semua menpunyai hati dan kini aku tidak akan menjadi hamba perasaan kamu lagi.......sekian~~