Khamis, 3 November 2011

TERIMA KASIH KERANA BERSAMAKU

Tiada apa yg dapat diungkapkan sebagai menggambarkan kesyukuran kerana dikurniakan seorg insan seperti kamu...tidak mahu memuja sekadar memuji di saat kejatuhan kedamparan sehina kaki di tanah dalam mencari erti kehidupan yang semakin kelam kamu ada bersamaku..telah ku pinta untuk mengundur diri kerana merasakan diri ini terlalu kecil utk kamu tetapi kamu sedia mengangkat martabatkatku dari tanah hingga ke langit.....

Hajat di hati ingin membatalkan semua perancangan kerana masa depan kelam tidak terduga..terasa malu ingin bersua kerana takut dimamah cerca...ingin ku lari dari dunia kerana malu pada keluarga..tarikh perjanjian semakin terasa namun masa depanku hilang kemana......

Inginku cerita takut dimurka..oleh keluargamu yang menanti masa..namun aku kena kuat utk berterus terang padamu kerana aku sudah tiada apa.....aku bersyukur kerana kamu mendengar tidak hanya malah kamu terima keadaan ku seadanya....aku akui aku malu kerana kamu yang menanggung segalanya..demi menjaga masjid kita yang hampir roboh dibaham masa....

Aku akui aku belum bersedia kerana masa depan ku juga belum terjaga...menjadi suami bukan biasa tetapi tggjwb besar rasanya...aku kagum dan teruja kerana kamu mengerti apa itu air mata...tidak berterusan mengalir kau ada utk menghilangkan segala duka.....

Ibu ku juga tahu aku menderita, mahu menarik diri kerana dia tau aku sudah tiada apa2 utk kamu dan aku hidup bersama..tetapi kamu lebih dari apa yang aku jangkakan...kamu tidak lari malah bangun bersama..merangkak mencari cinta yang halal utk bersama..air mata ku kini mengalir dua..satu derita satu bahagia..derita kerana aku tidak bekerja bahagia kerana kamu bersama...

07/11/11 pasti terlaksana..kerana kesungguhanmu utk bersama..membuat aku rasa teruja serta kagum dengan kuasaNYA..Allah itu sentiasa ada..membantu hambanya yang mahukan masjid..walaupun tapak tidak sekuat mana tetapi masjid didirikan jua.....

Terima kasih sygku hana..kerana ada waktu duka...tidak hanya ketika gembira..kerana itulah aku gembira...punyai insan seperti anda..menjadi teman hidup bersama..ke anak cucu doa hendaknya........

Tulisan terungkap bersama air mata...yang tidak difahami siapa kecuali yang Esa....senyuman terukir bukan kerana gembira...tapi kerana mahukan mereka2 yang mengharapkan senyum bersama....

:: Terima KAsih HAna ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan