Rabu, 30 Mac 2011

Aku cuba menulis nasyid

Terjaga dari tidur...aku teringat pesan sahabatku seorang ustazah meminta aku mencipta satu lirik nasyid bertemakan akidah dalam pembentukan sahsiah....ia bertujuan untuk pertandingan nasyid di sekolahnya...masa yang diberi terlalu singkat iaitu petang semalam dan mahu aku siapkan pagi ini.....aku tak tau aku boleh wat ke tak tapi aku sudah berjanji maka kena siapkan gak.....dan skg hampir kol 430 am maka lirik itu sudah siap sepenuhnya....mcm tak bagus je lirik ni tapi pada aku ok la at least aku telah cuba dari tak buat apa langsung........hehehehe



Akidah dalam pembentukan sahsiah


Intro

Perlu ada dalam jiwa manusia

Satu sifat cinta kepadaNya

Memelihara apa yang telah dikurnia

Menjaga akidah dalam diri kita.


Al Quran dan sunnah jadikanlah pegangan

Mencari Allah dalam susah dan senang

Eratkan ukhwah dalam kehidupan

Tingkatkan sahsiah terciptanya perpaduan


verse

Jagalah akidah seperti permata

Digilap dijaga terpancar sinarannya

Akidah yang rosak tiadalah berguna

Mantapkan amalan iman terus bercahaya


Dalam Al Quran telah menyatakan

Tentang akidah serta kehidupan

Amal dan takwa jangan dilupakan

Akhirat kelak adanya pembalasan


Ending

Kembalilah kita pada islam tercinta

Janganlah lalai pada dunia sementara

Patuh pada perintah dan larangannya

InsyaAllah kita khalifah berjaya......


kalau la dia proceed lirik ni,bermakna aku ni berbakat juga dalam menggubah lagu....tp apa yg paling penting adalah pengisiannya,harap yang mendengar mengambilnya sebagai iktibar..insyaAllah (",)


~ aku sudah mula menulis~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan