Jumaat, 11 November 2011
:: Bukan senang mau senang woO!! ::
Khamis, 10 November 2011
:: ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT ::







Sabtu, 5 November 2011
:: Penat Tahap Maximum ::
Khamis, 3 November 2011
TERIMA KASIH KERANA BERSAMAKU
Khamis, 6 Oktober 2011
:: Dan Apabila Sudah Termakan Jasa ::
Khamis, 29 September 2011
Give me good health...
Sabtu, 27 Ogos 2011
:: HOTEL UNIVERSAL - KUANTAN ::
Sabtu, 6 Ogos 2011
:: Manusia semasa – Dosa yang tidak disedari ::
Dosa yang tidak disedari...mungkin ramai yang janggal dengan perkataan tu..ramai yang tidak peka malah ramai yang tidak sedar akan kepentingan makna tersirat disebalik perkataan itu....dosa yang tidak disedari....sedarkah kita apa yang dimaksudkan dan apakah dosa2 yang kita tidak sedari itu..insyaAllah akan cuba saya kongsikan setakat pengalaman peribadi dalam kehidupan sehari-harian kita pada masa ini. Antara dosa2 yang tidak kita sedar yang saya kenalpasti adalah seperti :-
:: Pengabaian solat
Lewat ini saya yakin peratusan manusia yang menunaikan solat 5 waktu seharian tanpa meninggalkan walau satu waktu adalah amat kecil berbanding mereka yang meninggalkan solat. Mungkin sudah menjadi trend anak muda masa kini malah golongan yang sudah berkahwin meninggalkan solat 5 waktu. Pada mereka seolah2 perbuatan itu tidak bersalah walau hati mereka berkata dosa bagi mereka yang meninggalkan solat itu akan tetapi mereka tidak berusaha untuk menunaikan solat 5 waktu itu. Dan apabila ada di kalangan mereka ini bersolat maka akan menjadi kutukan atau sindiran pada mereka yang tidak bersolat seolah2 bersolat itu satu kesalahan. Mungkin kita pernah dengar sindiran seperti “ Sudah buang tebiat”...”sudah taubat ke?” dan beberapa perkataan lain berbaur sindiran tanpa mereka sedar ia berdosa besar dengan menganggap itu semua sebagai satu gurauan...Nauzubillah!
:: Mendedahkan aurat (Wanita tidak bertudung)
Bagi saya perkara ini amat ketara sekali di zaman ini....,ereka sedar tentang dosa mendedahkan aurat (rambut) tp ramai dikalangan sahabat2 perempuan yang tidak memakai tudung....bila ditegur maka pelbagai alasan diberikan dan yang biasa kita dengar adalah seperti “don’t judge the book by its cover”....”belum dapat hidayah”....”orang yang pakai tudung belum tentu baik” dan banyak lagi. Saya tertarik dengan perkataan don’t judge book by its cover...mmg betul ayat itu tapi ramai yang memanipulasikan ayat itu untuk menutup kesalahan masing2. Memang org yang bertudung tidak semuanya baik dan sy akui ttg sahihnya ayat itu..tp adakah yang tidak bertudung itu baik? Ya......mereka baik akhlak,percakapan,pergaulan tapi dari sudut agama dia telah lemnggar hokum Allah bermakna secara automatic dia sudah berbuat jahat kepada Allah. Tapi ramai yang tidak sedar akan hal ini dengan menganggap mereka tidak berbuat jahat dari segi perbuatan sesame manusia tapi mereka lupa ttg hubungan mereka dengan Allah.
:: Lelaki dan wanita yang bercinta
Bercinta...perkataan itu pasti terbit dari setiap bibir golongan remaja dan juga manusia tanpa mengira usia....adalah tidah salah bagi manusia itu bercinta tapi cara mereka bercinta itu membuatkan mereka berdosa tanpa mereka sedar...kita selalu dengar perkataan Islamic love tapi berapa ramai yang mengamalkan perkataan Islamic love dalam perhubungan mereka?kita sering melihat anak muda masa kini bercinta seolah-olah mereka sudah berkahwin, perkepit,berpelukan,berpegangan tangan tanpa mereka sedar mereka melakukan dosa zina kecil dan bila ditegur mereka berkata “pgg tangan jer...bukan wat apapun”....dan perlakuan inilah yang menjurus kepada maksiat zina dan seterusnya berlaku kes pembuangan bayi..Nauzubillah!
:: Etika Pemakaian
Tidak kiralah samada laki atau wanita, pada hari ini sudah ramai yang tidak mengamalkan etika berpakaian menurut pemakaian orang islam..lelaki berseluar pendek dengan mendedahkan lutut..perempuan yang berpakain menampakkan bentuk tubuh dan payudara..bagi mereka asalkan berpakain menutup badan dikira menutup aurat..dan itulah kesilapan pemikiran manusia pada masa kini yang tidak peka dengan hukum pemakaian menurut islam....itulah yang saya maksudkan dengan dosa yang tidak kita sedar...
:: Batas pergaulan bukan muhrim
Sudah menjadi perkara biasa di zaman ini..,lelaki permpuan bergaul seperti adik beradik yang tiada batasan berpegangan..bersentuhan...gelak ketawa....pada pandangan umum ia adalah perkara biasa tp dalam islam hukumnya adalah haram tapi berapa orang yang sedar akan masalah ini...tidak ramai yang memandang serius kerana perkara ini sudah menjadi perkara biasa dan sudah tiada perasaan berdosa lagi....seperti di barat begitulah acuan hidup kita...berkiblatkan barat semata2 atas nama islam pada i/c tidak memadai bagi seorang mukmin sekati.
:: Hiburan terlampau
Hiburan terlampau yang dianggap perkara biasa seperti menonton konsert bercampur lelaki perempuan tanpa muhrim menjadi amalan sesetengah umat islam tanpa mereka sedar perkara itu melalaikan dan ditegah dalam islam...dirumah pula kita disajikan di televisyen denga pelbagai hiburan...90% rancangan di televisyen adalah tidak ilmiah untuk ditonton oleh umat islam tapi itulah rutin harian kita dan tidak sah sekiranya tidak menonton rancangan dari barat atau Malaysia sendiri yang mempunyai unsur2 seksual yang mampu member kesan nigatif kepada minda manusia...
Terdapat banyak lagi dosa2 yang tidak kita sedar malah kita sedar tapi masih melakukannya namun kerana terbiasa maka itulah yang mereka amalkan dari kecil....manusia hidup dengan pelbagai alasan untuk menutup kesalahan mereka dan setiap perbuatan yang wajib itu kerap dikritik dan disindir bagi orang2 yang mengamalkan hukum islam yang sebenar...dan segala yang saya tulis ini adalah dari pengalaman saya sendiri dan tiada kene mengena dengan orang diseliling saya......sekian
Jumaat, 29 Julai 2011
:: Ahlan Wasahlan Ya RAmadhan ~ Mis my late father ::
Rabu, 27 Julai 2011
ALHAMDULILLAH...Perjalanan semakin bercahaya (",)
Rabu, 29 Jun 2011
Gelombang KUNING semakin bergelora.....
Sabtu, 30 April 2011
Matahari berlalu maka senjalah ia .......
Hari semakin hari...terasa kecerian semakin berlalu.......gelak ketawa keriangan zaman remaja sudah sepi bersama usia....kini aku sudah tidak selincah, laju dan ganas seperti dulu....terasa zaman gemilangku semakin luntur...kini aku sudah senja bersama jasad yang semakin usang....
Semua bermula selepas kecederaan lutut yang aku alami pada ogos 2010...bermula ari tu, karier aku dlm bidang sukan sudah mula luntur....ku sangka aku mampu bangkit dari kecederaan itu namun hakikatnya aku alami perderitaan kekal....setelah 6 bulan aku sangkakan lutu ini kembali pulih....aku sudah mampu berlari...menyepak.....seperti sediakala..namun ianya tidak berkekalan..aku tidak sedar yg aku tidak cerdas sepenuhnya...walaupun aku berlari tapi ia tidak sepantas dahulu...menyepak tidak selaju dulu dan bergerak tidak selincah dulu.....dan kini aku sedar yang aku bukan seperti dulu....
Kecederaan kembali menghantui diri aku........kini lutut aku sudah menunjukkan rasa2 sakit..aku tidak boleh menyepak dan berlari lagi walaupun pada hakikatnya aku sudah boleh berjalan seperti orang biasa...inilah nasibku.......lututku sudah meragut minatku untuk bersukan..aku sgt sebak memikirkannya kerana sukanlah yang mampu wat aku tersenyum selama ini.......sedey sgt rasanya....terasa seperti sendirian...
Suatu ketika dulu ketika berada di kampus..aku sering menjadi orang penting dlm sukan bola sepak, takraw...futsal...badminton..bla..bla...blaaa.......aku sering di ajak oleh team2 lain untuk bermain dalam tournament dan friendly match..tp kini nama aku seakan sepi....begitu juga semasa berada di kampung...dahulunya aku mmg xleh nk dok umah malam2....pasti ada saja pelawaan untuk bermain futsal bersama rakan2...tp kini semuanya sepi seakan2 aku tidak pernah wujud dulu.....
Kini aku pasrah..akur dengan ketentuan bahawa aku sudah tidak seperti dahulu lagi....walaupun sering diperkotak katikkan dengan pelbagai sindiran seperti “orang tua” “OKU” “gemuk” “lembab” dan lain2..aku terima semua itu dengan senyuman..bagi aku..apa yang aku lalui pasti akan dilalui oleh mereka yang masih belum merasakannya......hidup umpama roda dan kini roda sukanku berada di bawah dan akan sentiasa di bawah untuk selamanya.....
~terasa diriku semakin usang~
Sabtu, 16 April 2011
Aku jatuh cinta lagi....:-)

Rabu, 30 Mac 2011
Aku cuba menulis nasyid
Akidah dalam pembentukan sahsiah
Intro
Satu sifat cinta kepadaNya
Memelihara apa yang telah dikurnia
Menjaga akidah dalam diri kita.
Al Quran dan sunnah jadikanlah pegangan
Mencari Allah dalam susah dan senang
Eratkan ukhwah dalam kehidupan
Tingkatkan sahsiah terciptanya perpaduan
verse
Jagalah akidah seperti permata
Digilap dijaga terpancar sinarannya
Akidah yang rosak tiadalah berguna
Mantapkan amalan iman terus bercahaya
Dalam Al Quran telah menyatakan
Tentang akidah serta kehidupan
Amal dan takwa jangan dilupakan
Akhirat kelak adanya pembalasan
Ending
Kembalilah kita pada islam tercinta
Janganlah lalai pada dunia sementara
Patuh pada perintah dan larangannya
InsyaAllah kita khalifah berjaya......
kalau la dia proceed lirik ni,bermakna aku ni berbakat juga dalam menggubah lagu....tp apa yg paling penting adalah pengisiannya,harap yang mendengar mengambilnya sebagai iktibar..insyaAllah (",)
~ aku sudah mula menulis~
Isnin, 7 Mac 2011
AKU dan SBW
Aku tidak pernah suka utk menulis tentang masa depan apatah lagi sejarah silam...tapi itulah lumrah kehidupan...sejarah, kini dan masa depan tidak pernah lari dalam perjalanan.....aku melihat kehidupan..sebenarnya sgt luas..namun manusia menjadikan ia sempit tanpa mereka sedar...begitu juga dengan aku...aku terlalu sempit dalam menterjemah kehidupan.....
Apa yang boleh aku simpulkan...aku sentiasa memilih jalan mati untuk hidup aku....dan kini aku tersadai di UTM tanpa aku tahu apa tujuan aku di sini...mengejar segulung ijazah utk masa depan...selama 4 tahun dan menjadi 5 tahun dan mungkin akan bertambah kepada 6 tahun...hanya utk segulung ijazah yang belum tentu menyuluh masa depan dengan cahaya yang semakin malap...

Secara jujurnya aku sangat senang dengan udara UTM tapi aku tidak pernah suka dengan udara SBW....SBW bukan jiwa aku...selama 4 tahun aku perbodohkan diri dengan SBW....aku terperangkap antara kerjaya dan masa depan yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya..aku cuba untuk menjadi sebahagian dari SBW...tapi aku semakin jauh dari landasan....aku semakin hilang identiti sebagai seorang pelajar yang disegani malah aku mula sedar yang aku SUDAH tergolong dalam kategori pelajar bodoh@lembab nk mampus di sini.....
Sudah lama aku terfikir untuk berhenti tapi aku tidak tahu kemana arah tuju aku selepas ini...untuk mencari pekerjaan bukan sesuatu yang mudah sekarang..apa harus aku lakukan??kemas barang then balik KG tolong mak kat rumah??pergi KL cari kerja kosong di kilang2??apakah status aku skg?pelajar??aku sudah keliru...sgt2 keliru...aku berjalan sendiri...di UTM aku sgt berliku...tempat aku bukan di sini lagi...kini aku sudah boleh berkira2 utk angkat kaki meniggalkan UTM tercinta.....
Aku terima tekanan dari pelbagai penjuru,family aku dan family bakal tunang aku...bakal ke?jadi ke??aku tak tau samaada aku sanggup utk bertunang bulan 6 nanti...aku tak nak bagi harapan kat GF aku..bukan aku tak SAYANG dia tapi aku tak nak dia mengharapkan sesuatu yang hebat dari aku yang serba kekurangan ini..andai ditakdirkan PERTUNANGAN ini terbatal,aku redha kerana bagi aku bukan perkahwinan matlamat utama aku......kini aku hanya nk buat sesuatu yang aku rasa selesa tanpa faktor orang sekeliling...aku hanya mahu senyuman dalam kehidupan.....bukan berada dalam mesin tekanan..........
~AKU SUDAH BERSEDIA UTK TINGGALKAN UTM~
Rabu, 16 Februari 2011
TAMAN NEGARA kali ini sgt BEST!!






Jumaat, 4 Februari 2011
selamat harijadi cinta.........
Ahad, 23 Januari 2011
4SBW FC dah masuk paper??
