Khamis, 2 September 2010

Ramadhan yg paling bermakna dalam hidupku......


Ramadhan...kali ini kau begitu istimewa kepada aku....di sepanjang bulan ini aku sentiasa tersenyum menjalani ibadah puasa dengan tenang...tidak seperti tahun2 lalu aku sentiasa dibelenggu masalah peribadi hinggakan ia mengganggu puasa dan aktiviti harianku..kini aku tenang meneruskan pengajian yg dulunya hampir lenyap dalam kamus hidup aku..hidup yang aku jangkakan sudah tiada dulu kini semakin berseri dengan kehadiran kawan2 baru yang sentiasa menceriakan aku...mereka sungguh baik hati dan ikhlas berkawan dengan aku...walaupun aku pernah menangis ramadhan ini kerana kakiku yg kesakitan..namun kehadiran mereka sikit sebanyak menghilangkan kesedihanku...tidak lupa juga kepada keluargaku,terutama ibu dan adik perempuan bangsuku yg amat aku sayangi...tidak pernah kenal lelah menjaga khabarku dari jauh dan menanam semangat dalam jiwa yg hampir hapus dulu.....mungkin tuhan sedang menguji aku atas dosa2ku dahulu...

Setakat ini alhamdulillah puasa ku masih sempurna memasuki hari yang ke 23 dan mudah2an dengan limpah kurnia dari Allah aku akan lengkapkan puasaku pada ramadhan ini dengan sempurnanya...hari ini hari terakhir aku berpuasa di UTM kerana malam ini aku akan pulang ke kg dan sebelum itu aku akan berbuka puasa bersama kwn2 ku utk kali terakhirnya ramadhan ini..tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah menadah tgn untuk ibu tercinta memohon segala dosa silam dan berbuka besama keluarga..pusara ayahanda akan aku lewati...InsyaAllah aku akan selamat sampai dan menyambut hari raya Aidilfitri pada tahun ini bersama2....amin

~hari terakhir berbuka di UTM~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan